Lagi NGO kesal dengan video seks

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad dalam kenyataannya berkata, isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat negara ini.

“Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila,” kata beliau dalam kenyataannya itu.

Apa pun motif pendedahan ini, Ikram mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf.

Ikram juga, katanya, memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah.

“Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya, kata beliau.

Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri.

“Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty),” katanya.

Sehubungan itu, Ikram menggesa supaya:

1. Pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,

2. Institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,

3. Masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,

4. Masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: