Misi Pemuda Tawan Sarawak

Oleh Azman Shapawi

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) baru sahaja mengakhiri lawatan kerja ke Sarawak pada 22 hingga 24 Mac bertujuan untuk mengemaskini dan memastikan kelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS di Negeri Sarawak. Lawatan kerja ini diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ust Azman Shapawi bersama-sama dengan Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Penerangan DPPP Suhaizan Kaiat.

Pada 22 Mac 2011, DPPP telah mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Negeri Sarawak berbincang dan memperkemaskan lagi jentera pemuda. Untuk memperincikan lagi susunan gerak kerja di Sarawak, pada 23 Mac 2011 DPPP mengadakan perbincangan dengan pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid di kediamannya dan seterusnya bertemu dengan pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di sebelah petangnya.


Manifesto bersama Pemuda Pakatan Untuk Anak Muda Sarawak

Dalam pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP itu, kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihanraya Umum Negeri yang dijadualkan pada 14 April ini.

DPPP dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac 2011 di bandar Kuching Sarawak. Wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut.

Tindakan Polis Tidak Profesional

DPPP juga ingin melahirkan rasa kecewa dengan tindakan polis yang tidak mencerminkan sikap profesionalnya apabila mengganggu ceramah Pentas Pemuda yang diadakan pada malam 23 Mac di Satok Kuching.

Menghairankan, mengapa ceramah masih diganggu walaupun telah mendapat permit? Adakah ada arahan di saat akhir yang mengarahkan agar ceramah itu dihentikan kerana takut rakyat Sarawak mendapat maklumat yang sahih dari Pakatan Rakyat?

Apakah ini satu lagi tindakan terdesak pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya di Negeri sarawak, kerana takutkan gelombang yang di bawa oleh Pakatan Rakyat ke Negeri Sarawak?

Rakyat Sarawak yang berani menghadiri ceramah tersebut cukup marah dengan tindakan polis itu, dan DPPP mengucapkan tahniah diatas keberanian dan kepahlawanan yang masih ada di dalam sanubari rakyat Sarawak yang cintakan kebenaran dan keadilan.

DPPP mengharapkan selepas ini, tidak ada lagi tindakan-tindakan terdesak oleh pihak polis yang menggambarkan mandulnya sistem demokrasi di dalam negara . Polis juga diperingatkan bahawa negara ini adalah negara demokrasi yang membenarkan hak-hak kami sebagai parti yang berdaftar.

Pemuda PAS Negeri akan turun

DPPP akan membuat mesyuarat susulan segera di peringkat pusat, untuk menentukan serta memfokuskan peranan pemuda negeri-negeri untuk turun di dalam pilihanraya Umum Negeri Sarawak.

Kita berharap pemuda-pemuda PAS daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai kelapangan masa, mempunyai kekuatan wang dan fizikal dapat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan moral dan melicinkan gerak kerja pemuda-pemuda di Sarawak.


Azman Shapawi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: