PAS cadang pendidikan Islam, moral subjek wajib lulus SPM

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mencadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia turut menjadikan subjek pendidikan Islam dan moral sebagai subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain daripada mata pelajaran sejarah.

Beliau berkata, pendidikan Islam dan pendidikan moral merangkumi pelbagai perkara asas yang amat penting untuk dipelajari dan difahami oleh pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah lagi.

Katanya, jika kedua-dua mata pelajaran itu tidak dijadikan mata pelajaran wajib lulus, pelajar-pelajar tidak akan bersungguh-sungguh mempelajarinya sedangkan ianya merupakan penyelesaian kepada masalah moral.

“Persoalannya kenapa mata pelajaran sejarah sahaja diwajibkan lulus sedangkan pendidikan Islam merupakan fardu ain kepada setiap orang Islam tidak menjadi mata pelajaran wajib lulus tapi wajib ambil sahaja.

“Apabila tak wajib lulus, mana mungkin pelajar akan belajar bersungguh-sungguh dalam mata pelajaran ini,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya juga, mata pelajaran pendidikan Islam dan moral amat penting kepada setiap pelajar kerana negara ketika ini ketandusan pemimpin yang berintegriti dan bermoral.

 

“Kita sekarang ketandusan pemimpin berintegriti. Lihat sahaja masalah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

“Jadi kita perlukan pelapis kepimpinan yang berintegriti. Integriti bukan lahir dengan pencapaian subjek lain tetapi asasnya agama. Jadi sudah sapai masa kerajaan kaji balik sukatan pelajaran dan mata pelajaran wajib lulus kalau betul-betul nak lahirkan generasi yang berintegriti dan bebas daripada masalah moral yang semakin kritikal,” katanya.

Tegas Siti Zailah juga, kerajaan tidak bersungguh-sungguh melahirkan insan yang cemerlang dari semua sudut apabila mengabaikan kedua-dua mata pelajaran ini.

“Ini menunjukkan kerajaan tidak serius melahirkan insan yang berkualiti yang mengikut kata kementerian, kita perlu melahirkan modal insan.

“Bagaimana nak lahirkan modal insan kalau mata pelajaran melibatkan agama dan moral tidak diwajibkan lulus,” katanya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu, beliau mengakui kepentingan pelajar mempelajari sejarah tetapi katanya, ia tidak harus bergantung kepada buku teks semata-mata yang faktanya dilihat diselewengkan oleh orientalis.

“Sejarah memang penting tapi bukan hanya sejarah yang ditulis dalam buku teks yang kita tengok banyak yang diselewengkan faktanya oleh barat.

“Contohnya Kamal Atartuk dikatakan bapa pembebasan Turki sedangkan dia lah yang menghancurkan Islam di Turki.

“Sejarah jangan hanya bergantung kepada buku teks orientalis sahaja tapi kembangkan juga sejarah Islam yang boleh dijadikan iktibar untuk pemerintahan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri, ketika menggulung perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat memberitahu, bermula pada tahun 2013, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat layak untuk mendapat sijil SPM.

Dasar ini katanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan moda insan cemerlang, berkemahiran tinggi, berdaya saing, mempunyai semangat jati diri yang kental serta memiliki semangat patriotik dan nilai kewarganegaraan yang tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: