P’raya Sarawak: Kerusi PAS selesai, umum esok

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata pembahagian kerusi PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sudah selesai. 

Katanya, keputusan pembahagian kerusi itu dimuktamadkan selepas pertemuan dengan pimpinan PKR hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Sarawak berkata jumlah dan kerusi Dun mana yang ditandingi belum boleh dimaklumkan dan akan diumumkan secara rasmi esok.

“Tadi kita selesai bincang dengan PKR dan bagi pihak PAS, perbincangan pembahagian kerusi kita sudah selesai,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu jelasnya, arahan telah dikeluarkan kepada pimpinan PAS di kawasan yang akan ditandingi untuk meneruskan gerak kerja yang telah dimulakan sebelum ini.

“Soal calon, kita akan bincang selewat-lewatnya awal minggu depan,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor Harakahdaily sebelum ini membayangkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi pada pilihan raya Sarawak kali ini.

Bagaimanapun menurutnya, beberapa kerusi masih dalam perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain dan mungkin berlaku penambahan untuk beberapa kerusi lagi.

PAS dijangka akan meletakkan calon mereka salah satunya di N24 Beting Maro, iaitu satu-satunya kerusi yang pernah ditandingi mereka pada pilihan raya lalu.

Calon PAS, Alem Din pada waktu itu hanya tewas kepada calon BN dengan majoriti 895 undi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: