Halang ceramah: Tindakan polis dikecam

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.

Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

“Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.

Tambahnya, tindakan tersebut juga membuktikan bahawa pihak Umno BN takut kepada kebangkitan rakyat yang menolak fitnah yang dilemparkan.

“AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno BN.

“Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” katanya lagi.

Dalam kejadian malam tadi, hadirin tidak puashati dengan arahan polis supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh.

Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Akibat kekecohan itu, beberapa hadirin tercedera termasuk wartawan dan pimpinan AMK sendiri.

Tiga anggota AMK turut ditahan polis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: