Selepas 47 + Tahun, Daerah Belaga Masih Belum Memiliki Bomba. Satu Kebakaran Meranapkan Sebuah Rumah Tanpa Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa (Ekslusif)

BELAGA – Satu kebakaran meranapkan sebuah rumah persendirian di pekan Belaga sekitar jam 3 petang tadi. Kebakaran tersebut mula menjilat rumah tersebut selepas kira-kira satu setengah jam pengumuman tarikh pilihan raya Sarawak yang ke-10 oleh Pengerusi SPR di Kuching .
Kebakaran Yang Meranapkan
Sebuah Rumah Persendirian
Di Pekan Belaga
Rumah persendirian tersebut difahamkan disewa kepada satu syarikat kontraktor swasta pilihan BN yang bertanggungjawab membina sebuah klinik baru di pekan Belaga.. Klinik baru yang telah tertangguh sekian lama kerana peruntukkannya dirampas dan diberikan ke daerah lain itu masih sedang dalam tempoh kelulusan dan pengesahan (Certificate of Fitness) oleh pihak berkuasa dan hanya terletak kira-kira 100 meter sahaja dari kejadian kebakaran tersebut.
Orang ramai yang berduyun-duyun menuju ke tempat kejadian hanya mampu melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa. Pihak-pihak berkuasa seperti polis juga kelihatan di sekitar kejadian dengan hanya menonton kebakaran tersebut.

Jumlah kerugian serta punca kebakaran tidak dapat ditafsir dan dibuat kerana pekan Belaga adalah satu-satunya pekan yang bertaraf daerah yang tidak mempunyai khidmat bomba. Ini adalah angkara polisi pemerintahan BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud yang selama ini amat bangga dengan polisi politik pembangunannya dan inilah hasilnya selepas lebih 40 tahun BN berkuasa di Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: