Kaunselor perlu tahu kesan sosial media

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan kaunselor khususnya di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam memberikan tumpuan kepada kes-kes keruntuhan institusi kekeluargaan yang berpunca daripada teknologi jaringan sosial.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, banyak kes penceraian akhir-akhir ini berpunca daripada kecurangan suami atau isteri dalam media sosial seperti laman facebook.

Selain itu katanya, berdasarkan kajian satu badan bukan kerajaan, terdapat juga kes penzinaan di kalangan remaja kerana terpedaya dengan pujuk rayu individu yang hanya dikenali di laman sosial.

“Kaunselor-kaunselor yang menjalankan tugas memberi kaunseling rumahtangga bukan sahaja perlu memberi kaunseling tentang kerukunan rumahtangga,  tapi lebih penting ialah mereka juga harus pakar dalam bidang kesan sosial media ini supaya mereka dapat berperanan bukan sahaja di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi juga kaunselor-kaunselor di Jabatan Agama Islam,” katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, beliau turut mencadangkan satu modul khas diwujudkan berkaitan penggunaan laman sosial secara bertanggungjawab di sekolah-sekolah.

“Selain daripada mengadakan kursus, modul-modul khusus tentang kesan media sosial ini, bagaimana pendidikan di sekolah-sekolah perlu didedahkan dengan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab,” katanya.

Mujahid dalam soalan asalnya meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang kesan teknologi jaringan sosial yang meruntuhkan rumah tangga dan institusi kekeluargaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: