Lim: Masalah agihan kerusi DAP- PKR S’wak selesai

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa masalah antara DAP dengan PKR Sarawak berhubung pengagihan kerusi baru-baru ini, telah diselesaikan.

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diuruskan tidak lama lagi.

NONEMenurutnya, hasilnya akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan
secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata pihaknya perlu menggabungkan bersama sumber yang ada untuk menafikan BN majoriti dua pertiga.

Katanya, beliau telah bercakap dengan pemimpin DAP Sarawak dan mereka bersetuju untuk tidak bercakap mengenai perkara itu lagi.

Menurutnya, butiran lanjut mengenai pengagihan kerusi akan diumumkan tidak lama lagi.

Sebelum ini dilaporkan DAP dan PKR bertegang urat ekoran gesaan PKR supaya DAP hanya bertanding 13 berjumlah 71 kerusi negeri di Sarawak.

Daripada 18 kerusi yang diminta oleh DAP, 14 adalah kawasan majoriti Cina manakala yang lainnya kerusi campuran.

Parti itu bertanding 12 kerusi dalam umum 2006.

Rundingan seterusnya menemui kegagalan berhubung agihan empat kerusi di Batu Kawah, Balai Ringin, Dudong and Piasau.

Dengan menyerahkan kerusi Padungan and Senadin kepada PKR, dipercayai DAP kini mempunyai 15 kerusi untuk ditandingannya dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: