Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia

Oleh: rozmal

Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia mulai sekarang kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang demikian menurut Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin. Apakah persediaan tersebut, adakah membina bangunan dan rumah yang tahan gempa, menyiapkan beg kecemasan dan beg bekalan disetiap rumah, menyediakan amal ibadah yang secukupnya bagi menghadapi maut, gempa bumi atau kiamat kecil? Di hujung artikel ini diberikan sedikit panduan Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia.

Beberapa kejadian gempa bumi pada skala Richter yang kecil sebelum ini yang dilaporkan di Malaysia pada pautan berikut waghih.blogspot.com

RAKYAT KENA SEDIA HADAPI GEMPA
Kosmo 28 Mac 2011

KUALA LUMPUR – Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

“Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

Sumber: Kosmo.com.my

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?

Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk menyelamatkan diri.

CONTOH BEG KECEMASAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll

Wang tunai

Barangan kemas

Telefon bimbit

Lampu picit

Kit pertolongan cemas

Ubatan penting

CONTOH BEG BEKALAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

Bekalan air minima 3 liter seorang

Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera)

Pisau/pembuka tin

Mancis, lilin

Dapur kecil dan periuk kecil

Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun

Baju hujan, Wisel

Selimut

Radio kecil

Plastik barangan

BEKALAN YANG PALING PENTING UNTUK UMAT ISLAM

Mahirkan diri bertayamum

Bertaubat

Buat semua yang Allah dan Rasul suruh

Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah

Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari Penentuan, Hari Pengadilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: