Polis ‘kepung’ rumah Azmin

Oleh Fazallah Pit

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini.Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily.

Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

Kehadiran polis itu  dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam.

Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahihan maklumat itu belum dapat dipastikan.

Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat. (Untuk rujukan, klik ini)

(Laporan Lanjut Menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9937

Polis ‘kepung’ rumah Azmin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: