Siapa calon pas di sebuyau?

Peluang  untuk meletakkan wakil rakyat pas di dewan undangan negeri sarawak memang sudah lama dinantikan.Gerakkerja pemuda negeri telah meletakan nama ketua pemuda negeri,Abg eddy bin abg fauzi. seperti yang dipersetujui oleh Dewan harian pemuda negeri sarawak ,mesyuarat DPPNSWK   2008 bersetuju menjadi kan sebuyau sebagai Dun angkat bagi merealisasi kan hasrat Pas untuk memenangi satu Dun di sarawak pada pilihanraya Negeri yang ke 10.Selidik cara rambang yg di buat pemuda pas sarawak ke kawasan sebuyau pengundi melayu menerima baik abg eddy sebagai calon prn ke 10 ini.Ini merupakan peluang terbaik pas negeri sarawak utk mengegarkan kedudukan pbb dan seterusnya  merialisasikan era baru untuk sarawak,era perubahan.Dengan senario ini  amat diharapkan perhubungan negeri sarawak dan pas pusat di kuala lumpur mengkaji dengan teliti dan mendalam akan potensi ini.Kita memasuki pilihanraya untuk menang maka wajarlah dipilih calon berwibawa serta mesra pengundi .Pemuda sarawak amat berharap hasrat ini dipenuhi .Sekiranya hasrat pemuda sarawak ini diketepikan dan dipandang remeh ,dikuatiri semangat pemuda pas sarawak untuk bekerja akan pudar .                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Yang benar,                                                                                                                                                                                                Ketua penerangan pemuda pas negeri swk.

2 Responses

  1. 1. mesyuarat DPPNSWK 2008 bersetuju menjadi kan sebuyau sebagai Dun angkat bagi merealisasi kan hasrat Pas untuk memenangi satu Dun di sarawak pada pilihanraya Negeri yang ke 10.

    2. Selidik cara rambang yg di buat pemuda pas sarawak ke kawasan sebuyau pengundi melayu menerima baik abg eddy sebagai calon prn ke 10 ini.

    3. Pemuda sarawak amat berharap hasrat ini dipenuhi.

    @ setelah bertungkus lumus selama hampir 3 tahun, pemuda dipercayai telah berjaya menubuhkan cawangan2 yang aktif sehingga merasakan mampu memberi kejutan pada prn10. oleh kerana ia adalah hasil dari kerja kuat pemuda, pemuda merasakan selayaknya calon pada prn10 diberi kepada pemuda memandangkan tidak sedikit pengorbanan yang telah pemuda berikan.

    4. Sekiranya hasrat pemuda sarawak ini diketepikan dan dipandang remeh, dikuatiri semangat pemuda pas sarawak untuk bekerja akan pudar.

    @ pandangan ini tidak seharusnya timbul sekiranya pemuda menghayati perjuangan pas. setiap gerak kerja dan pengorbananpemuda bukan untuk dituai oleh pemuda tetapi oleh parti.

    @ walau bagaimanapun, mengambil kira keadaan politik setempat, adalah wajar pihak berwajib memberi pertimbangan selayaknya kepada para 2 di atas. penerimaan baik pengundi melayu kepada abang eddy tidak seharusnya dipandang remeh.

    pertama ia memastikan penerusan momentum kepada kerja2 pemuda bagi merealisasikan kemenangan yang diharapkan. kedua, calon turut menjadi faktor mempengaruhi pemilih. ketiga, ia boleh mengurangkan politik dalaman yang memberi ruang eksploiatsi pihak lawan. keempat, mencalonkan orang yang pernah kalah sebanyak 2 kali membayangkan pas ketandusan calon yang berwibawa.

    lain2, pihak berwajib lebih arif kerana orang lama dalam politik. cuma jangan ketepikan pandangan setempat.

    wallahu’alam.

    • 1. Yg sedihnya ada sentimen yg cuba dimainkan oleh pihak2 tetentu dlm PAS swk.,sedangkan memang kita tahu selama ini dun sebuyau telah dijadikan sbagai dun angkat pemuda negeri,bahkan sebelum bersetuju mengambil sbg dun angkat,pemuda negeri terutama abg. eddy sendiri sudah turun naik ke dun sebuyau beberapa thn sblum itu.Ini lah strategi kita,bukannya bila nk election baru nak turun padang.
      2. Sbnarnya tdk akan timbul masalah semangat pemuda akn pudar,bahkan kita akan teruskan kerja jemaah sekalipun adanya masalah2 dalaman yg timbul,ini demi memastikan kelansungan perjuangn islam di bumi sarawak,ingatlah bahawasanya kita bergerak dlm jemaah bukan kerana sentimen2 tertentu atau bukan keranan individu2 individu tertentu,ttpi kita berjuang kerana utk melihat tertegaknya daulah islamiyyah di Malaysia.
      3. Bila melihat pada tinjauan yg dibuat bukan setakat pengundi melayu yg menerima baik a.eddy sbagai calon akan tetapi pengundi iban pun mengharapkan a.eddy diletakkan sebagai calon di dun sebuyau.Ini kerana masyarakat di dun sebuyau telah mengenali abg. eddy walaupun beliau bukan berasal dari daerah sebuyau.
      4. Alhamdulillah penamaan calon pun dah selesai dan kita pun dah tahu calon2 PAS di 5 dun yg PAS bertanding kt sarawak.
      Itulah perancangn Allah,sekalipun kita cuba merancang apa yg kita rasa terbaik utk kita.segala yg berlaku sudah tentu ada hikmahnya..firman Allah yg bemaksud “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”(al-baqarah:216)
      wallahu taála a’lam..
      Semoga kita terus istiqomah dalam perjuangan islam.selamat berjuang & selamat berkempen di bumi kenyalang.Semoga PAS berjaya dlm perjuangan kali ini…Siiru ála barkatillah…
      Allahu akbar!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: