SPRM: Dua pegawai kanan kastam ditahan, 150 akaun bank disita

March 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Dua pegawai kanan kastam dan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita ekoran operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi aktiviti haram membabitkan berbilion ringgit.

Operasi pasukan petugas khas itu diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara serentak hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata pihaknya dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan dibantu lima agensi lain secara serentak telah membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis Kastam Diraja Malaysia di seluruh negara.

SPRM berkata, operasi itu adalah salah satu yang terbesar dilaksanakan secara bersama oleh agensi-agensi penguatkuasaan.

“Dalam operasi ini dua pegawai kanan kastam telah ditangkap bagi membantu dalam siasatan dan pasukan petugas ini juga telah menyita lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan,” kata kenyataan itu.

SPRM berkata, tindakan menyita dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Kata kenyataan itu, kesemua entiti berkaitan telah diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengistiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi bilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya, operasi yang dijalankan adalah mengenai aktiviti haram yang telah menyebabkan kerugian hasil kerajaan mencakupi amaun yang melibatkan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengistiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara.

“Pasukan tindakan khas berkenaan akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat yang terlibat kerana aktiviti-aktiviti berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi negara, keselamatan dan reputasi negara,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: