Utusan putar belit kenyataan Nasrudin

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa akhbar Utusan Malaysia memutar belit kenyataannya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.Nasrudin menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya itu sebaliknya berkata, perkara yang harus diutamakan adalah mengenai prinsip keadilan berhubung tuduhan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak yang membuat tuduhan itu mesti menampilkan saksi.

“Saya kata, saya tak nak bercakap soal mekanisme. Saya nak cakap pasal prinsip.

“Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan,siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.

“Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat  tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan.

“Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Nasruddin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pakatan Rakyat dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: