Isu Rakyat Pahang: Kontroversi ‘Radioaktif’ Rare Earth, Seramai ‘100 Orang Aktivis’ Telah Berdemo Secara Aman Di Jalan Ke Parlimen Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Seramai lebih 100 orang aktivis dari Kuantan mengadakan demo anti sisa radioaktif di jalan masuk ke bangunan parlimen pagi tadi. Turut terlibat ialah wakil NGO, Save Malaysia. Demo berkenaan bertujuan untuk menyarankan supaya PM Najib Razak menghentikan serta merta projek pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan itu. Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi. Empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu. Biarpun perhimpunan aman itu diganggu oleh beberapa orang anggota polis, namun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan. Hadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam. Hanya 10 orang aktivis sahaja yang dibenar masuk manakala yang lainnya berkumpul di hadapan pos pengawal bangunan parlimen sambil mengibarkan kain rentang serta mereka melaungkan “Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive, Selamatkan Malaysia”.


Sidang media yang diadakan dilobi parlimen tentang isu itu pagi tadi

Presiden Stop Lynas, Save Malaysia sedang beri kenyataan medianya

Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang bertanggungjawab tentang isu itu di parlimen berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008. Menurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahaya bahan radioaktif. “Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti sakit kanser dan kecacatan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: