Peguam Anwar: Eskay wajar henti buat kenyataan ‘bodoh, macam budak’

March 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Dua “Datuk T” ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

R. Sivarasa (gambar) berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.

“Begitu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinasihatkan supaya tidak respons kepada kebodohan Eskay,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

“Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan (harus) menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya,” kata beliau lagi.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata Shazryl Eskay nampaknya menikmati manfaat daripada imuniti disediakan Barisan Nasional (BN) daripada dakwaan jenayah meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum.

“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata beliau lagi.

Blog Kickdefella memetik Shazryl Eskay berkata beliau mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar, Ketua Umum PKR sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay dipetik blog tersebut.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: