ceramah umum dato seri anuar ibrahim di dun satok sarawak diganggau oleh pdrm.video terkini!

Ceramah terkini di dun samariang,sarawak oleh dato seri anuar ibrahim,must see!

Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini

Oleh G Manimaran
April 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 April – Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter – kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

“Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

Pilihan raya negeri Sarawak ukuran tarikh PRU13, kata Najib

April 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 April — Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Desas-desus menyebut pilihan raya umum akan diadakan tahun ini, tetapi mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Hari penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung Rabu depan manakala pengundian pula 16 April.

Kata Perdana Menteri (gambar), kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Ada juga spekulasi mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan segera jika Barisan Nasional (BN) menunjukkan prestasi memuaskan di Sarawak.

Kata Najib, parti pimpinannya telah memperlihatkan prestasi memuaskan dalam siri pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini.

“Kami yakin akan memperoleh balik beberapa negeri,” kata Najib yang juga Presiden Umno dalam temu bual dengan Bloomberg sempena genap dua tahun menjadi perdana menteri.

Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

“Dalam demokrasi yang matang, sukar untuk mendapatkan majoriti besar,” akui Najib.

“Secara tradisi di Malaysia, dua pertiga majoriti selalu menjadi petanda aras. Sesetengah akan melihat majoriti selesa yang baik sebagai keputusan pilihan raya yang cukup bagus,” katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Najib juga berkata, pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika, yang bermula awal tahun ini, tidak akan membawa kesan ke atas Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga sedar akan impak krisis loji tenaga nuklear Jepun ekoran gempa bumi dan tsunami baru-baru ini dan oleh itu, tidak tergesa-gesa merealisasikan program tenaga nuklear Malaysia memandangkan daya majunya masih dinilai.

“Saya rasa banyak negara di dunia membuat penilaian semula dan kita akan memanfaatkannya,” kata Najib sambil menambah, kerajaan akan membuat keputusan muktamad kelak.

“Keselamatan orang ramai diutamakan, dan jika projek itu dilaksanakan, ia mesti memberi manfaat kepada negara,” kata beliau sambil menambah, apa yang penting ialah mendapatkan sokongan rakyat.

Akhir tahun lalu, kerajaan mengumumkan pelan untuk membina dua loji tenaga nuklear yang masing-masing mampu menjana 1,000 megawatt.

Mengulas tentang projek pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation di Gebeng dekat Kuantan, Najib berkata, kerajaan akan memantau rapat projek kilang jika diteruskan.

“Kerajaan akan pastikan ia melalui pemeriksaan yang ketat dan memenuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan,” katanya, kelahiran Pahang, ketika ditanya tentang bantahan dan protes ke atas usaha mengadakan loji itu.

Kilang berkenaan sedang dibina dan dijangka mula operasi akhir tahun ini.

RON97 petrol up 20 sen from tomorrow

By G. Manimaran
Bahasa Malaysia Editor
April 01, 2011

KUALA LUMPUR, April 1 — The pump price for RON97 petrol will go up 20 sen a litre to RM2.70/litre effective midnight, a source said today.

It is the highest jump this year as world oil prices have spiked due to unrest in oil-rich North Africa.

“We received the confirmation notice this evening about the 20 sen rise,” a source told The Malaysian Insider.

The price of the higher-grade RON97 rose 10 sen effective January 31 after a similar hike in early January 2011. It had earlier spiked to RM2.30 last December 1.

It is understood prices of other fuel grades will remain unchanged as only RON97 prices are determined by a market float.

The government had said it would review all options to ensure that it can maintain the price of the RON95 grade, used by most motorists, despite rising global prices.

Bantahan Penduduk Terhadap Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif Rare Earth Di Gebeng Kian Memuncak Selepas Kenyataan Panas MB Pahang !

KUANTAN, 1 April – Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif “rare earth” Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini semakin memuncak, berikutan tindakan Menteri Besar Pahang yang menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Himpunan “”Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas” akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat petang tadi telah berjaya diadakan biar pun dengan kawalan pihak polis. Dalam himpunan tadi pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir pada himpunan tersebut, biarpun cuaca agak panas terik ketika itu. Disamping menyampaikan ucapan panas dan berapi, edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut turut diedarkan kepada orang ramai. Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), YB Tn.Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato’ Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tn. Jasmani Yusoff telah hadir untuk memantau perhimpunan tersebut. Walau bagaimana pun program berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi. Pihak polis termasuk anggota trafik juga berjaya mengawal lalulintas dengan baik di sepanjang jalan hadapan masjid tersebut. Selepas ceramah, orang ramai memegang sepanduk bantahan dan berdiri disepanjang jalan untuk menarik perhatian pengguna jalanraya yang lalu disitu. Sesungguhnya rakyat merasa bertanggungjawab untuk membantah projek yang jelas memperjudikan nasib rakyat ini sebenarnya. Difahamkan, banyak lagi himpunan bantahan akan dijalankan selepas ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu itu.

Perangai pemimpin BN Sarawak macam penjajah – Anwar

Oleh Sidiqin Omar

KUCHING: Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini?

“Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah,” katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

“Inilah yang peliknya. Sedangkan, negeri ini ditadbir orang Sarawak sendiri,” kata Anwar pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

Program itu dihadiri ratusan penduduk kebanyakannya terdiri daripada

Mana jambatan kami? Dah janji berbelas-belas tahun!!

nelayan dan petani dari suku kaum Bidayuh yang mengakui kerap tertipu dengan janji manis pimpinan Barisan Nasional (BN).

Sekalipun ditadbir anak negeri sendiri, Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan selagi maruah dan harga diri rakyat negeri ini diinjak-injak kelompok atasan yang tamak haloba.

“Negeri ini sudah rosak. Apakah kita akan terus diam dan sokong? Sekarang adalah waktunya kepada anak-anak muda untuk berani menyatakan pendirian demi mempertahan hak,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, program Sayang Sarawak yang  heboh ditayang TV3, sebuah media kawalan BN hanya bersifat sementara dan tidak mengutamakan kebajikan rakyat tempatan.

“Mereka sebenarnya bukannya sayang sangat kepada rakyat Sarawak tapi kepada Taib Mahmud, George Chan dan Alfred Jabu.

“Habis pilihan raya ini, habislah program Sayang Sarawak. Habislah orang Sarawak, tak kiralah suku Iban, orang Ulu, Dayak, Melanau atau Melayu.

“Semua tinggal janji,” kata Anwar yang turut kesal kerana kerajaan Sarawak mengabai janji untuk membina jambatan di kampung berkenaan sejak berbelas-belas tahun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10337

Perangai pemimpin BN Sarawak macam penjajah – Anwar

Kad kredit: Bank keliru pengguna

Yanti Haron
Pada minggu lepas, Bank Negara memperkenalkan beberapa syarat kelayakan baru bagi mendapatkan kad kredit, ekoran hutang kad kredit yang semakin meningkat. Antara syarat baru yang diperkenalkan adalah kelayakan pendapatan minimum.

Sebelum ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM18,000 setahun. Dengan pengenalan syarat baru ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun sebelum permohonan kad kredit mereka dapat diluluskan.

Selain itu, bagi pemohon atau pemegang kad kredit yang memperoleh pendapatan RM36,000 setahun ataupun kurang, mereka hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada maksimum dua pengeluar kad sahaja.

Namun begitu, pada masa yang sama, pihak Bank Negara juga perlu mengambil perhatian akan taktik pemasaran kad kredit yang mengelirukan pengguna. Antara taktik dimaksudkan adalah sesetengah bank akan menghantar surat promosi kepada pemegang kad kredit.

Antara yang dilampirkan bersama surat itu adalah sekeping cek. Bagi pengguna yang tidak sedar, mereka akan menyangka bahawa cek itu adalah hadiah ataupun ganjaran daripada bank, barangkali kerana menggunakan perkhidmatan kad kredit bank itu.

Hakikat yang sebenarnya adalah cek itu merupakan cash advance, dan bukannya hadiah daripada bank. Apabila pengguna kad kredit mendepositkan cek itu ke dalam akaun mereka atas sangkaan bahawa ia adalah hadiah YANG TIDAK MEMERLUKAN APA-APA BAYARAN BALIK, mereka seterusnya pasti terkejut jika dikenakan kadar faedah kad kredit yang sememangnya tinggi. Kita tidak mahu berlaku situasi yang mana pengguna kad kredit secara tidak sedar meminjam wang dari bank berkenaan melalui kemudahan cash advance yang TIDAK PERNAH PUN MEREKA POHON.

Bank Negara perlu bertindak tegas supaya tiada institusi kewangan, sama ada bank, syarikat insurans dan lain-lain lagi yang menggunakan taktik pemasaran yang mengelirukan pengguna. Dalam contoh di atas, pemegang kad kredit berkenaan tidak pernah pun memohon bagi diberikan cash advance.

Adun Lenggeng dipenjara tiga tahun

Harakahdaily
SEREMBAN, 1 April: Adun Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana kesalahan rasuah.

Beliau didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 dari seorang kontraktor untuk menyelesaikan isu perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Selain itu, hakim Amran Jantan juga memerintahkan Mustafa membayar denda sebanyak RM20,000 atas kesalahan itu.

Mahkamah sebelum ini, iaitu 3 Mac lalu telah mendapati Mustafa, 51, bersalah atas dakwaan itu.

Peguam beliau telah memohon untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehinggalah rayuan dibuat.

Hakim mengarahkan agar jaminan RM10,000 dikenakan ke atas Adun Umno itu.

Mustafa didakwa dibawah Seksyen 10(a)(aa) apabila pada 30 Ogos 2008 secara rasuah meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada individu yang sama (Manimaran a/l Marumuthu) sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir dan tidak akan mengambil tindakan sekiranya menjual pasir tanpa permit.

Bayar imam

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Seremban mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari itu, Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

“Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)…

“Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan.”

Sokongan PR meningkat di Sarawak – pengkaji media

Nazli Ibrahim
PETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media  yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya  isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

“Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

“Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi,” kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

“Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

“Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

“Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

“Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka,” jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

“”Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban

“Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

“Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

“Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,” jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

“Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

“Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan,” kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada  berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

“Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud – Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

“Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang”.

%d bloggers like this: