Bantahan Penduduk Terhadap Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif Rare Earth Di Gebeng Kian Memuncak Selepas Kenyataan Panas MB Pahang !

KUANTAN, 1 April – Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif “rare earth” Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini semakin memuncak, berikutan tindakan Menteri Besar Pahang yang menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Himpunan “”Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas” akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat petang tadi telah berjaya diadakan biar pun dengan kawalan pihak polis. Dalam himpunan tadi pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir pada himpunan tersebut, biarpun cuaca agak panas terik ketika itu. Disamping menyampaikan ucapan panas dan berapi, edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut turut diedarkan kepada orang ramai. Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), YB Tn.Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato’ Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tn. Jasmani Yusoff telah hadir untuk memantau perhimpunan tersebut. Walau bagaimana pun program berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi. Pihak polis termasuk anggota trafik juga berjaya mengawal lalulintas dengan baik di sepanjang jalan hadapan masjid tersebut. Selepas ceramah, orang ramai memegang sepanduk bantahan dan berdiri disepanjang jalan untuk menarik perhatian pengguna jalanraya yang lalu disitu. Sesungguhnya rakyat merasa bertanggungjawab untuk membantah projek yang jelas memperjudikan nasib rakyat ini sebenarnya. Difahamkan, banyak lagi himpunan bantahan akan dijalankan selepas ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: