Cerai: Hakim wanita dengar 800 kes setahun

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui peningkatan kes penceraian yang tertangguh penyelesaiannya disebabkan kekurangan hakim di Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.Menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata seramai 12 hakim diperlukan di Mahkamah Rendah Syariah namun hanya enam permohonan untuk menjadi hakim diluluskan.

Manakala di Mahkamah Tinggi Syariah pula hanya mempunyai empat hakim.

Nasharudin dalam soalannya juga meminta Mashitah menyatakan inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian untuk menambah hakim wanita bagi mengendalikan kes melibatkan penceraian.

“Adakah salah satu sebab meningkatnya kes tertangguh ini disebabkan kita kekurangan hakim di mahkamah syariah dan apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam hal berkaitan penambahan jumlah hakim wanita untuk mengendalikan kes seperti ini yang saya rasa sangat relevan kalau ianya dapat ditambah,” katanya.

Mashitah berkata, setakat ini Mahkamah Syariah hanya mempunyai dua hakim wanita dan seorang hakim perlu mendengar lapan ratus kes setahun.

“Kes diselesaikan hakim wanita memang bertujuan mengurangkan lamanya masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kes dan terbukti ianya berjaya.

“Tapi kita ada dua orang hakim wanita sahaja dan baru-baru ini pada 1 Mac tambah seorang lagi hakim wanita di Mahkamah Rendah Syariah Melaka yang dipertanggungjawabkan kepada semua kes dan seorang hakim perlu mendengar 800 kes setahun,” katanya.

Terdahulu, Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang diambil bagi menyelaraskan terma dan rujukan yang akan diguna pakai bagi membantu pasangan Islam yang berkahwin serta terlibat dalam kes penceraian yang semakin berleluasa dewasa ini.

Beliau juga ingin tahu punca sesuatu kes yang dibicarakan berlanjutan malahan memakan masa bertahun untuk diselesaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: