Rakyat Sarawak perlu tolak politik ‘jembalang’ BN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 April: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan parti selain Barisan Nasional sebagai ‘jembalang dan hantu yang bermulut manis’ adalah kenyataan paling bodoh daripada seorang pemimpin negara.Pengarahnya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) melahirkan rasa hairan bagaimana kenyataan itu boleh timbul daripada pemimpin tertinggi negara.

Beliau mengingatkan, tidakkah Muhyiddin tahu bahawa Barisan Nasional adalah ‘jembalang dan hantu’ yang dia sendiri maksudkan.

“Bukankah BN yang menawarkan pelbagai janji manis yang bertujuan mengelabui mata pengundi Sarawak, dan setelah menang pilihanraya mereka sekali lagi hilang umpama hantu dan jembalang tanah?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, sifat jembalang dan hantu yang suka menghisap darah rakyat adalah sifat BN sejak dulu hingga kini.

Baginya, Muhyiddin cuba mengajar rakyat Sarawak erti demokrasi ala BN iaitu hanya BN sahaja layak memerintah negeri Sarawak.

Katanya lagi, BN perlu ditolak dan tidak layak memerintah negeri dan negara.

“Inilah mentaliti ‘budak sekolah rendah’ yang ada dalam pemikiran pemimpin BN sedangkan demokrasi sebenar mengajar rakyat erti kebebasan memilih parti dan kepimpinannya,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Menurutnya, menyekat kebebasan rakyat dari berfikir dan memilih parti yang mereka sukai adalah suatu tindakan yang tidak bertamaddun.

Sepatutnya, kata beliau Muhyiddin berkempen menerangkan jasa dan sumbangan BN ataupun memberikan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk kesekian kalinya.

Pakatan Rakyat, ujarnya telah memberikan janji 100 hari memerintah dalam Buku Jingga.

“Soalnya, apakah janji seterusnya BN kepada rakyat Sarawak?” tanya beliau lagi.

Beliau menambah, sudah 50 tahun negara diperintah BN, dan sudah acap kali rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji ‘melangit’ menjelang pilihanraya.

Beliau berkata, BN sebenarnya masih mengamalkan cara demokrasi lapuk serta ketinggalan zaman.

Sebab itu, katanya mereka sering kali mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat ketika berkempen dan bercakap seolah-olah rakyat buta dan bodoh.

“Kali ini, biarlah rakyat menjadi hakim dan menentukan masa depan mereka sendiri. Jangan dimomokkan dengan politik ugut seperti ini.

“Politik ‘jembalang’ dan ‘hantu’ sudah tidak laku dalam pilihanraya Dun Sarawak kali ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: