Panas: Ramai Ahli UMNO Tidak Percaya Kes Video Seks Kerana Pembawa Beritanya Ialah Si Munafik Rahim Thamby Chik Yang Tidak Boleh Di Percayai


Susulan dengan tersebarnya isu video seks baru-baru ini, maka ramai ahli UMNO akar umbi sebenarnya tidak percaya langsung kisah video seks yang didedahkan oleh “Trio Datuk T” itu. Malah, mereka merasa amat lucu dan kecewa dengan “trick politik kotor” yang dimainkan oleh pemimpin atasan parti itu. Menurut salah seorang daripada mereka yang ditemui krew kami berkata “Kita tidak kisah jika tuduhan terhadap Anwar itu disertakan dengan bukti kukuh. Ini masalahnya, orang yang menjadi mastermind video itu sendiri pun diragui kejujurannya iaitu Rahim Thamby Chik. Orang UMNO tahu sebenarnya apa yang terjadi antara mantan Ketua Menteri Melaka dengan gadis bawah umur yang menjadi mangsanya dulu. Malah, Rahim sebenarnya tidak dibicarakan di mahkamah cuma Peguam Negara mendapati tiada kes untuk mendakwa beliau”, katanya. Justeru itu katanya, dalam Islam telah mengajar kita supaya menyiasat si pembawa berita terlebih dahulu sebelum menerima apa yang dibawa itu.”Dalam kes ini kami orang UMNO sendiri pun tidak percaya dengan Rahim, maka bagaimana dia boleh membuat cerita karut sebegini. Malah, Rahim berulang kali menyatakan dia berdendam dengan Anwar dan mahu pemimpin itu meletak jawatan seperti yang berlaku kepadanya dulu. Padahal, Rahim lupa yang Anwar sudah pun dipecat oleh Mahathir daripada UMNO dan Kerajaan pada 2 Sept 1998 dulu. Makanya, kenapa Rahim beriya benar mahu Anwar letak jawatan lagi”, katanya.

Kenapa Ada Dua Undang-Undang Untuk Kes Sama

Banyak persoalan yang sebenarnya menyebabkan cerita video seks ini menjadi karut marut katanya. Antaranya, secara logik kenapa video tersebut tidak disebarkan menerusi internet seperti yang berlaku kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek (foto) dulu?. Gara-gara tersebarnya video tersebut diinternetlah menyebabkan Chua terpaksa mengaku yang itu memang gambarnya. Malah, pihak polis juga mengeluarkan arahan supaya mana-mana pihak tidak menyimpan,l mengedar, menerbit atau menayang video terbabit sesuka hati. “Maknanya polis begitu mengambil berat maruah Chua yang telah tercemar itu. Malahan, dengan tersebarnya video tersebut menerusi Youtube di internet, rakyat sendiri boleh menilai apakah benar wajah yang dipaparkan itu ialah Chua Soi Lek. Maknanya mereka menjadi hakim untuk menentukan kesahihan dan ketulenan wajah Chua, walau pun mungkin gambar itu sekadar tempelan semata-mata. Namun, dek kerana Chua gusar pembongkaran lebih hebat dilakukan dia akhirnya mengaku dialah lelaki didalam video tersebut”, kata beliau Namun, senario yang berbeza dalam kes video seks terbaru ini. Umum mengetahui, malah media memainkan peranan mendedahkan memang individu itu adalah “mirip Anwar”. Persoalannya, kenapa pihak polis tidak terus mengumumkan itu memang Anwar?. Kenapa takut menyatakan kebenaran jika video itu ternyata dilakonkan oleh pemimpin pembangkang terbabit?. Malah katanya, setakat hari ini kenapa tiada langsung penyebaran video itu menerusi internet?. “Kenapa dirahsiakan dan tidak mahu rakyat menjadi hakim?. Kenapa hanya mendapatkan ulasan daripada seorang pakar tempatan lantas Ketua Polis Negara mengatakan video itu tulen. Apakah makna “tulen” itu, tulen pada videonya atau tulen pada wajah pelakonnya. Malah, kenapa begitu cepat polis mahu membawa kes itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan?”, kata beliau lagi.

[Malah, ramai yang mempersoalkan apakah motif Rahim Thamby Chik berbuat demikian?. Apakah beliau bercita-cita untuk naik semula dalam politik UMNO. Mungkin juga dia mahu PM Najib Razak memberikan kerusi untuk beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang supaya dia boleh kembali menjadi Ketua Menteri Melaka?. Ramai ahli UMNO tahu siapa Rahim sebenarnya, malah ada sesetengah pihak di Melaka yang mendedahkan mana-mana “tokey” yang mahu mendapat projek besar di negeri itu perlulah membawa “ayam special” untuk diratah oleh beliau. Aktiviti ini dijalankan di sebuah hotel mewah di Melaka sendiri. Ia diketahui oleh ramai pekerja hotel tersebut tetapi mereka takut untuk mendedahkannya. Samalah dengan isu tangkapan Najib dengan seorang artis di Port Dickson dulu. Boleh dikatakan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO tahu di mana mereka ditangkap dan siapa yang bertanggungjawab melepaskan pemimpin terbabit ketika itu. Pendek kata isu “seks” dengan UMNO ini umpama “isu dengan kuku”. Tunggu pendedahan panas “Seks perwakilan UMNO ketika perhimpunan Agung parti itu”. Mengejutkan pemimpin UMNO bahagian bawa wanita UMNO (bini orang) tidur di biliknya hingga menyebabkan keluarga wanita terbabit bercerai berai. Tunggu pendedahannya yang melibatkan salah seorang pemimpin UMNO bahagian di Pahang. Oleh itu, tak usahlah puak-puak UMNO merasa mereka bersih sangat, sedangkan hakikatnya seks itu banyak berlaku dalam parti itu].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: