Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud

Oleh Sidiqin Omar
SERIAN: Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud  pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini

Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.

Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak.

Kebencian rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud  semakin meluap-luap 

“Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit,” katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini.

Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.

Anwar sentiasa disambut, dilayan selaku pahlawan Bumi Kenyayang 

Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami  kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh.

“Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi,” kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.

Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan.

“Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN,” tegas Daud.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10491

Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: