Tak suka KM, penyokong BN mahu perubahan

Rizal Tahir
KUCHING, 3 April: Rakyat Sarawak biarpun nampak tidak agrasif dalam membuat keputusan, namun di hati mereka sudah nekad untuk mengubah pucuk kepimpinan kerajaan Sarawak, Bumi Kenyalang.

Rata-rata rakyat di negeri itu, khususnya di Kuching sama ada penyokong Barisan Nasional (BN) atau rakyat biasa mengharapkan pucuk pimpinan negeri Sarawak turut berubah.

Mereka tidak mahu lagi berada di bawah pentadbiran Ketua Menteri yang ada sekarang, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, bukan sahaja telah lama menerajui kepimpinan kerajaan Sarawak, sebaliknya telah mengambil kekayaan negeri untuk peribadi.

Lebih menyedihkan bangsa Melayu Sarawak lebih terpinggir, begitu juga masyarakat Cina jika dibandingkan Melayu Melanau.

Seorang rakyat Sarawak yang hanya ingin dikenali sebagai Noor Abdullah 26, menyifatkan Taib sebagai orang yang terkaya  di dunia kerana mengambil harta rakyat sewenang-wenangnya.

Noor yang dibesarkan dalam keluarga yang menyokong kerajaan pemerintah melahirkan rasa kecewa memandangkan pentadbiran kerajaan Sarawak kini semakin tidak membela rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Beliau yang dibesarkan di Kuching mengharapkan satu perubahan besar berlaku dalam politik negara khususnya Sarawak menjelang pilihanraya umum nanti demi untuk kebaikan rakyat seluruhnya.

“Memang saya dibesarkan dalam keluarga BN, namun saya lebih memihak pada parti yang menjaminkan kesejahteraan rakyat, andainya ada pihak lain yang ingin merubahnya, itu yang akan kami sokong,”ujarnya.

Seorang lagi rakyat Sarawak yang hanya dikenali sebagai Udin, 26 mengharapkan kepimpinan  baru negeri  itu lebih membela nasib rakyat.

Beliau menyarankan rumah-rumah teres lebih banyak dibina untuk rakyat berbanding rumah pangsa yang ada sekarang.

“Walaupun sekarang rumah pangsa mempunyai tiga bilik, namun ianya masih belum selesa bagi rakyat,”ujarnya.

Ketika memberitahu Harakahdaily, akibat kerajaan pimpinan Taib Mahmod mengambil tanah rakyat sesuka hati, hanya rumah pangsa mampu dibuat berbanding teres.

“Kami rakyat Sarawak berharap hentikan pembinaan rumah pangsa, gantikan rumah teres yang lebih selesa untuk kami dan berilah pembelaan yang sama rata untuk kami bangsa Melayu,”ujarnya.

Seorang lagi penyokong BN, Abu Bakar, 35, mendakwa Taib Mahmod sewajarnya tidak bertanding dalam pilihanraya umum negeri itu tidak lama lagi.

Katanya, bukan sahaja kezaliman serta ketidakadilan dalam pemerintahannya, sebaliknya juga telah lama menerajui kepimpinan kerajaan Sarawak hingga mendatangkan masaalah pada rakyat.

“Harta kerajaan dah jadi harta peribadi apa tidaknya dah ada kapalterbang sendiri, yang berdaftar 9M ATM (Ahmad Taib Mahmod), ini dah teruk,”ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: