WAJIB TAHU: Tajuk Sensasi Akhbar!

Oleh: tokpepijat

Menjelang PRU ke 13 ini, tajuk-tajuk di akhbar barua barua bakal mewajibkan satu tajuk berita untuk siaran di halaman depan akhbar.
Tajuk itu adalah berkisar tentang rasuah. Digembar gemburkan tentang kehilangan, ketirisan dan pengaliran duit haram ke luar negara. Juga disensasikan jumlah RM yang besar.
Terkini, tentang pendedahan oleh SPRM mengenai rasuah oleh pimpinan tertinggi Kastam Pahang.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.

Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.

“Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.

Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.

Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.

“Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.

“Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru,” katanya.

Daripada “cerita yang menghiburkan” diatas, apa yang anda dapat fikirkan?

i) Semuanya tentang “ikan bilis” .

ii) Mesej diatas adalah untuk menunjukkan bahawa PMNajib begitu “teruja, serius dan bersemangat” untuk hapuskan rasuah.

iii) Siapalah SPRM di mata rakyat Malaysia? Elok selesaikan dahulu kes Beng Hock.

iv) Mana 10 kes profil tertinggi yang digembar gemburkan menjelang PRU 11 oleh Menteri “Amah” dulu?

Cerita diatas tentang pegawai Kastam belum lagi Menteri Kabinet. Bilis bukan Jerung. Berani SPRM “londehkan” Menteri Kabinet?

Alasan basi lagi lapok SPRM, tiada kes dan tiada kes dan tiada kes jika libatkan Menteri UMNO. Itulah “zikir dan wirid” SPRM.

Jika libatkan ikan bilis dan pembangkang, SPRM bersemangat menyala-nyala!

Siapalah SPRM di mata rakyat Malaysia? Jangan SPRM bakal jadi bahan ketawa dan lawak pula.”

2 Responses

  1. jangan la terlalu emosional…sabar…SPRM tak salah…yang bersalah adalah sebilangan pegawai yang menjalankan tugas…kata2 saudara seolah-olah semua pegawai kerajaan tiada integriti..satu persoalan untuk saudara tetapi sebelum itu saya ingin mohon maaf..seandainya saya ada masalah,dan saudara ingin membantu tetapi sya tidak mahu bekerjasama…adakah saudara dapat mnyelesaikan masalah saya…dan begitu juga sebaliknya…saya tidak salahkan sesiapa,apa yang benar pasti akan terserlah…sabar itu penting…assalamualaikum…

  2. […] WAJIB TAHU: Tajuk Sensasi Akhbar! « Dewan Pemuda PAS Sarawak […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: