PKR umum tanding 47 kerusi

Harakahdaily
SIBU, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding di 47 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak Tengah dan utara yang diadakan di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Menurut KeadilanDaily sebanyak 4 kerusi lagi di Kuching masih diperingkat rundingan yang ditugaskan kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata, PKR bersama rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP akan memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut.

“Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

“Pilihan Raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional diberikan tentangan paling sengit,” kata Anwar dalam ucapannya.

Hadir pada majlis tersebut ialah dua Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Ini menjadikan berlaku pertembungan 23 kerusi antara PKR dengan SNAP kerana SNAP sebelum ini mengumumkan bertanding di 27 Dun.

PRK bagaimanapun berkata, akan menyelesaikan pertembungan dengan SNAP dalam masa dua hari berbaki sebelum hari penamaan 6 April ini.

DAP dan PAS masing-masing meletakkan 15 dan lima calon pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: