Praya Sarawak: Tangguh pemilihan PAS jika BN menang

Khairil Abdul Rahim
KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar mencadangkan supaya PAS menangguhkan pemilihan dalam parti sekiranya barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini.

Kata beliau,  jika BN menang besar ada kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan berlangsung dalam tempoh yang singkat selepas itu.

“Pimpinan PAS kena buat keputusan sama ada perlu diteruskan pemilihan jawatan tertinggi parti atau tidak jika BN menang besar di Sarawak kerana mungkin PRU akan diawalkan dan tumpuan mesti diberikan kepada PRU sebab itu lebih penting.

“Pada saya eloklah tangguhkan pemilihan, sebab sudah tentulah jika berlaku pertandingan dalam masa yang singkat sebelum PRU, sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit tumpuan dan persiapan parti,”katanya.

AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Urusan Harakah itu berkata demikian ketika berucap membentangkan kertas kerjanya dalam program permukiman penulis blog pro Pakatan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini semalam.

Lima puluh lima orang penulis blog dari seluruh negara menghadiri pemukiman kali kedua selama dua hari itu.

Kata Kamaruddin, pimpinan Umno akan mengambil kira kemenangan mereka di Sarawak sebagai pengukur masa untuk pilihan raya dan jika mereka tewas turuk ada kemungkinan PRU dilewatkan.

DAP sebelum ini telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan bagi memberi tumpuan kepada PRU. Begitu juga Umno yang menangguhkan pemilihan pusat selama 18 bulan bagi memberi jalan kepada PRU.

PAS pula akan memilih pimpinan pusat sesi 2011 – 2013. Pada ketika ini PAS kawasan-Kawasan sedang rancak melaksanakan pemilihan di seluruh negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: