Lagi basmi lagi rasuah: Laungan “Ubah” meriahkan ceramah DAP

Chen Shaua Fui | Apr 06, 2011 12:13:39 am

 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut “perubahan” yang membawa makna hentikan rasuah, dan bukannya pembasmian rasuah ala-Barisan Nasional yang bermakna “lagi basmi lagi rasuah”.  Ketua Menteri Pulau Pinang ini menonjolkan bagaimana kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran yang bersih dari rasuah, dan wang yang dijimat itu digunakan untuk kebajikan rakyat.

Lim Guan Eng mengambil contoh “Revolusi Jasmin” di Timur Tengah, berharap agar rakyat bangkit dan mengundi untuk perubahan.  Malah, beliau mengubahsuai lagu popular Korea Nobody, dan mahu rakyat menyanyikan “there is no money, no money for you!” kepada Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang sudah 30 tahun memerintah bumi kenyalang itu.

Lim Guan Eng memulakan ucapannya dengan berkata, rakyat hanya baik jikalau BN ditumbangkan.  Ucapan beliau dalam hokkien mendapat sambutan yang agak memberangsangkan, disambut dengan sorakan dan tepukan.  Malah, beliau memimpin kira-kira 800 orang untuk melaungkan “Ubah” pada akhir ucapannya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap dalam satu ceramah “Ke mana wang kita?” di Park Hotel, Kuching, malam tadi.  Turut hadir termasuklah calon DAP yang bakal bertanding di DUN Batu Kawah Christina Chiew Wang See, Wong King Wei yang bakal bertanding di DUN Padungan, Violet Yong Wui Wui yang bakal bertanding di DUN Pending dan Chong Chieng Jen yang bakal bertanding di Kota Sentosa.  Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua juga berada di situ untuk memberi ucapan.

Antara isu yang dibangkitkan DAP termasuklah ketidakcekapan pentadbiran, kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, inflasi dan sebagainya.  Meskipun ramai yang tidak mempunyai tempat duduk, namun ada antara mereka yang berdiri, malah duduk di atas lantai untuk mengikuti ceramah DAP.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: