Lelaki dalam video ‘bukan Anwar’


Wan Azizah, Nurul Izzah dan Karpal pada sidang akhbar di kediamannya di Segambut, Kuala Lumpur semalam.


 

KUALA LUMPUR – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam tetap mempertahankan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin kanan pembangkang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga yakin lelaki dalam video itu yang mirip suaminya bukan Anwar.

“Saya dan keluarga sudah menonton video itu yang dipaparkan di sebuah laman web. Kami mengambil keputusan menontonnya selepas difahamkan tiada adegan lucah.

“Hanya kami sekeluarga mengenali Anwar secara intim dan amat jelas bahawa pelaku di dalam video itu bukan Anwar berdasarkan susuk tubuh yang berlainan,” kata beliau pada sidang akhbar di kediamannya di Segambut di sini semalam.

Klip video hitam putih itu dengan durasi satu minit 47 saat dimuat naik dalam Youtube kelmarin, yang menampilkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan bertuala.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, bapa Anwar iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan Azizah memberitahu, Anwar kini berada di Sarawak untuk berkempen dalam pilihan raya negeri itu.

Beliau juga berkata, walaupun polis telah mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video itu.

“Tulen atau tidak, itu bukan isu. Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu, malah terdapat tulisan dalam bahasa Thailand di dalam video yang saya tonton yang durasinya tidak sampai dua minit itu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: