Panas: Gara-Gara Takut Terbongkar Rahsia, Maka Akhirnya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tidak Rela Membenarkan “Tayangan Video Seks” Di Parlimen

KUALA LUMPUR 5 April – Rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang tidak akan ditayang di Parlimen, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (foto). Katanya beliau tidak akan membenarkan Dewan Rakyat digunakan oleh mana-mana individu untuk kepentingan peribadi atau agenda politik. “Pendapat saya mengenai hal ini adalah begini, iaitu sewaktu mesyuarat ahli-ahli Yang Berhormat adalahdilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh Peraturan Mesyuarat seperti unparlimentary words atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. “(Jika) yang itu pun tidak dibenarkan mesyuarat, macam mana saya boleh membenarkan dalam Parlimen untuk tayangan satu perkara yang pertama melanggar Peraturan Mesyuarat (dan) sengaja di bawa ke Dewan Rakyat, kedua dalam Islam itu adalah perkara yang haram.”Jadi saya ingatkan Yang Berhormat kalau berpolitik, berpolitiklah di luar sana sewenang-wenangnya. Dalam Dewan ini kita dipandu oleh etika-etika tertentu, jangan oleh kerana kepentingan politik individu menjustifikasikan tindakan dahulu, lepas itu menggunakan wakil rakyat sebagai pelindung,” katanya selepas sesi soal jawab berakhir pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini Terdahulu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bangkit untuk bertanyakan pendirian Pandikar mengenai cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan ahli Parlimen punyai imuniti yang lindungi mereka daripada sebarang liabiliti jenayah.

[Agak mengejutkan, tetapi memang sudah dijangka sebenarnya. Ternyata Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mahu kerajaan UMNO BN mendapat malu yang lebih besar apabila video tersebut ditayangkan. Persoalannya, kenapa ketika Karpal Singh mengarahkan video seks Vijendran ditayangkan di parlimen pada tahun 1992 dulu, mereka bersetuju. Apakah kerana mereka tidak yakin wajah tersebut adalah wajah Anwar. Kenapa video yang dipaparkan pada laman Youtube itu tiba-tiba dibuangkan?. Ini semua membukti bahawa mereka sudah terkejut apabila kita mendedahkan bahawa video seks itu hanya satu-satunya pada Datuk T dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Tiba-tiba pula video itu boleh berada ditangan orang lain dan dinaik turun (upload) dalam internet. Peliknya, pemimpin UMNO sendiri yang menyarankan Karpal Singh mengarahkan video itu ditayangkan di parlimen. Tiba-tiba mereka pula yang mahu menyekatnya. Bukankah ini cukup melucukan kita semua].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: