PKR lancar Suara Sarawak hari ini…

PRN Sarawak | PKR hari ini secara rasminya melancarkan risalah Suara Sarawak dengan masej “Selamatkan Hak Rakyat” sempena pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10, kata naib presidennya Dr Masnor Othman.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, risalah ala-ala manifesto Pakatan Rakyat antara lain berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya tanah dalam masa setahun demi mengembalikan tanah milik Orang Asal serta tanah adat yang pernah dirampas oleh pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud selama yang memerintah Sarawak 30 tahun.

Pakatan Rakyat katanya berjanji untuk menubuhkan Tabung Basmi Kemiskinan bernilai RM1 bilion bagi membantu keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan rasmi.

Ujarnya, Pakatan Rakyat turut berjanji tidak akan menyeleweng sumber bumi Sarawak yang kaya raya sebagaimana amalan pentadbiran Taib dengan melaksanakan polisi “Cekap, Akauntabel, Telus” atau akronimnya C.A.T jika diberi mandat menubuhkan kerajaan Sarawak yang baru kelak.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat berjanji mengamalkan kebebasan agama dengan menolak amalan diskriminasi agama sebagaimana yang diamalkan oleh pentadbiran Taib dan Barisan Nasional sebelum ini.

Dan janji terakhir Pakatan Rakyat menurut Mansor ialah mewujudkan skim Bantuan Warga Emas berjumlah 400 kepada rakyat Sarawak berusia 60 tahun dan ke atas sebagai bantuan tahunan daripada kerajaan negeri jika diberi bandat kelak.

Dengan lima janji itu, Mansor percaya Umno akan mendakwa bahawa Pakatan Rakyat menaburkan janji-janji kosong semata-mata.

Namun tegasnya, rekod kebajikan yang dinikmati oleh rakyat di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang sudah cukup memberitahu bahawa kita telahpun mampu melakukan janji-janji sebegini jika diberi mandat memerintah Sarawak kelak.

“Ada orang kata, bagaimana untuk melakukan semua ini? Tetapi di Semenanjung (Malaysia) kita (Pakatan Rakyat sudah mempunyai empat negeri yang telahpun melaksanakan semua ini,” ujarnya di pusat media PKR, Satok, Kuching.”

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan kali ini, sebanyak PKR menawarkan 49 calon yang berwibawa.

Kebanyakan mereka adalah anak jadi negeri Sarawak demi menyelamatkan Sarawak dari terus ditadbir oleh Taib Mahmud dan Barisan Nasional. -END

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: