Taklimat “Projek Lynas”: Orang Ramai Keliru Info Jadual Taklimat Pada Laman Web PKNP Dan Juga Berita Ringkas Sinar Harian Pahang Tidak Sama !!

KUANTAN, 5 April – Orang ramai yang ingin mendengar Majlis Taklimat Awam isu Projek “Rare Earth Lynas” di Komplek Dagangan Indera Mahkota yang dijadualkan jam 8.00 malam ini keliru dengan maklumat yang terdapat dalam laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Menurut laporan di laman web tersebut, Taklimat Umum Projek Lynas oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Nuklear dan Alam Sekitar Malaysia itu diadakan jam 8.00 pagi tadi. Maknanya ia sudah berlaku awal pagi tadi iaitu ketika orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan memulakan kerja mereka. Namun berdasarkan maklumat yang kami rujuk di dalam akhbar Sinar Harian Pahang pula mengatakan taklimat akan diadakan jam 8.00 malam ini. Soalnya, mana satu yang betul sama ada siang atau malam. Jika diadakan awal pagi tadi ternyata ramai yang terlepas, malah tidak tahu menahu tentang taklimat awam itu. Apakah taklimat itu sengaja di adakan untuk tujuan “syok sendiri” atau “mengiyakan apa yang sudah diputuskan”?. Atau taklimat tersebut untuk membuka ruang kepada orang ramai berdialog secara terbuka tentang isu ini?. Inilah yang menimbulkan kemusykilan.


Klik SINI untuk ke laman web PKNP mewar-warkan taklimat Lynas

Ini pula maklumat dari kolum berita ringkas Sinar hari ini (5 April)

Justeru itu, kami berharap Kerajaan Negeri Pahang dapat menggunakan saluran yang betul jika benar ingin mewar-warkan perkara ini kepada rakyat. Jika tidak, rakyat akan terus menolak dan membantah projek berkenaan buat selamanya. Mungkin sekarang ia tidak berbahaya, namun puluhan tahun akan datang dan ketika semua “pemimpin yang ada sudah tiada” lagi di muka bumi ini. Maka sudah pastilah yang akan menjadi mangsa ialah anak cucu dan generasi akan datang sebenarnya.

[Kekeliruan yang berlaku pada laman web PKNP dan Sinar Harian ini amatlah dikesali. Ia menyukarkan rakyat untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar taklimat tersebut. Apapun, kami berjaya mengesahkan bahawa laporan yang dibuat oleh Sinar Harian adalah yang paling tepat. Sememangnya taklimat tersebut akan diadakan jam 8.00 malam ini sebenarnya. Justeru itu pihak yang bertanggungjawab mengemaskini laman web PKNP haruslah berhati-hati agar ia tidak mengelirukan rakyat. Mereka mahu datang dan ingin tahu maklumat terkini tentang projek tersebut. Makanya mereka juga mahukan jadual dan info yang tepat. PKNP sebagai mewakili Kerajaan Negeri Pahang wajar mencari masa dan lokasi yang sesuai untuk menjalankan taklimat berkenaan. Malah, mereka juga perlu ada medium yang sesuai untuk mewar-warkan maklumat tersebut agar ia sampai kepada semua. Kerajaan Negeri haruslah memainkan peranan ini demi memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam sessi penerangan yang mahu dijalankan oleh mereka].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: