Tentera Gaddafi masih kuat


SEORANG pemberontak Libya lari ke arah sebuah ambulans ketika peluru artileri tentera Gaddafi meletup beberapa meter di depannya dekat Brega, Libya semalam.


 

BREGA – Pihak pemberontak terpaksa berundur dari bandar minyak ini selepas mereka menjadi sasaran bedilan roket dan artileri tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam walaupun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum ini melaporkan ia telah memusnahkan hampir satu pertiga senjata berat Gaddafi.

Tentera pemberontak berjaya menawan bandar ini kelmarin dengan dibantu serangan udara NATO tetapi bedilan bertubi-tubi meriam dan roket ke atas mereka menandakan keupayaan tentera Gaddafi masih tidak terjejas.

“Situasi sekarang amat teruk. Kami tidak dapat menandingi senjata tentera Gaddafi,” kata seorang pejuang pemberontak, Kamal Mughrabi, 64.

“Jika jet-jet NATO tidak kembali menyerang mereka, kami terpaksa berundur dan terus berundur,” tambahnya.

Cubaan pemberontak membedil roket dan mortar ke arah tentera pemerintah menerima serangan balas sengit yang memaksa tentera pemberontak berundur ke bandar Adabiya yang terletak berpuluh-puluh kilometer dari sini.

Pada awal semalam, bagaimanapun, satu serangan udara dilancarkan ke atas konvoi lapan kenderaan tentera pemerintah yang sedang mara ke arah kedudukan pemberontak, kata pegawai tentera pemberontak, Abdel-Basset Abibi yang memetik laporan pasukan peninjaunya.

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai NATO, Brigedier Jeneral Mark Van Uhm semalam menyatakan, mereka telah memusnahkan 30 peratus senjata Gaddafi.

Setakat kelmarin sahaja, katanya, NATO melancarkan 14 serangan ke atas sasaran di darat di serata Libya dengan memusnahkan sejumlah radar, depot simpanan peluru, kereta perisai dan kenderaan pelancar roket.

Kebangkitan rakyat Libya menentang pemerintahan 42 tahun Gaddafi bermula pada 15 Februari lalu berpunca daripada kegagalan pemimpin itu melaksanakan pembaharuan demokrasi dan hak asasi manusia dan membanteras rasuah. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: