Topeng Perak Unmasked’s Photos – PRN Sarawak: Waris Rosli Dhobi Ajak Rakyat Sarawak Buat Perubahan

Masa PRK Sibu dulu kami berjaya menjejak waris Rosli Dhobi di Sibu & kali ni pulak kami berjaya mengesan sorang lagi waris kepada Rosli Dhobi yang sekarang tinggal di Muara Tuang.

Bagi aku perkara ni sangat bermakna sebab sebaik saja kami bersembang soal politik, nada yang datang dari waris Pahlawan Sarawak ini tetap sama dengan yang kami jumpa di Sibu dulu iaitu “Suara Perubahan”.

Abdul Rahman Dhobi dalam sembang kami mempunyai pandangan yang sama dengan warisnya yang lain.

“Rakyat Sarawak kena berani buat perubahan. kita dah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN tetapi situasinya tetap sama & kadang kala lebih teruk dari kita di zaman penjajahan Inggeris dulu.

Kena buat perubahan, kena berani untuk buat perubahan. kita tak boleh hidup macam dulu & sekarang sampai bila-bila. ini tanah tumpah darah kita, tanah warisan datuk, nenek, moyang kita & akan kita warisi pada anak, cucu, cicit kita tapi kita tak patut mewariskan kesusahan pada generasi akan datang.

Generasi selepas ini patut diberi kehidupan yang lebih baik dari sekarang sebab kita bukan lagi dijajah, negeri ini mesti ditadbir oleh mereka yang lebih bertanggungjawab dari yang ada sekarang.

Cukuplah kita dijajajah oleh orang asing kemudian dijajah pula oleh bangsa kita sendiri, rakyat Sarawak mesti berani buat perubahan demi masa depan generasi akan datang. generasi akan datang buakn orang lain tetapi mereka adalah anak, cucu kita sendiri.

Berikan mereka kehidupan yang lebih baik dari kita, kena berani dalam hal ini sebab kalau kita tak berani, seolahnya kita memberi beban kepada anak, cucu kita. itu bukan tugas kita, itu bukan tanggungjawab kita.

Tanggungjawab kita ialah memberi kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. selagi ada hayat, kita usaha untuk berubah, kena berani.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: