KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan

Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

NONEPegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

“Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini,” kata seorang pembantu khasnya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya,ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: