BARU BIAN PENENTANGAN BN TERHADAP MALASIA BARU DI SARAWAK

Muara Tuang: Penduduk sudah biasa dengan Kak Ani

Tanah Rampasan Regim Taib Mahmud

Sumber : Parti Keadilan Rakyat Tingkat 3, Lot 469 Bangunan Al Edrus Jalan Satok 93400 Kuching Sarawak.

 

200 Kes persengketaan Tanah Dayak di Sarawak dalam 2011. Beribu – ribu hektar tanah Dayak telah dirampas oleh Taib Mahmud. Kebanyakannya telah digondol oleh keluarganya. Mereka mendapat keuntungan dengan menjualkan tanah – tanah itu kepada syarikat – syarikat perladangan. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, Raziah Mahmud dan Mahmud Bekir telah menerima hadiah sebesar kepulauan Singapura dari Ketua Menteri.

  • Bidayuh : Munggu Kupi dan Antara Sg. Igom Sadong. Dirampas oleh bomoh kepada Taib [Ahmad bin Su’ut] – Poliga Sdn Bhd
  • Melanau : Pulau Bruit di rampas oleh Raziah Mahmud [adik perempuan Taib] Quality Concrete Holdings.
  • Iban : Sebangan dirampas oleh Taib Mahmud dan anak saudara Taib dan saudara maranya. Eastern Eden, Poh Zhen dan Mesti Bersatu Sdn Bhd.
  • Iban : Kawasan Jalan Lidong dirampas oleh Timbalan Ketua Menteri Jabu [ Gerald dan Barbara Jabu] – Herba Aromatics Sdn Bhd
  • Iban : Sungai Takan dan Hulu Sungai Nyatak, Tatau dirampas oleh anak saudara Taib Elia Geneid. – Ikrar Bumi Sdn Bhd.
  • Iban : Bijat Land District dirampas oleh anak Taib Mahmud [ Mahmud Abu Bekir Taib] Titanium Management.
  • Iban : Pasai Siong – Sungai Retus dirampas oleh saudara mara dan anak – anak Taib Masretus Oil Palm Plantation.
  • Penan : Kawasan di Mulu dirampas oleh Raziah Mahmud, Taib Mahmud. Mesti Bersatu Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd

Kini hanya  5 % sahaja baki hutan hujan yang masih tinggal di bumi Sarawak, Taib Mahmud akan membolot kesemuanya. Ini cuma sebahagian dari ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Sekitar hari penamaan Calon Dun Beting Maro

Abang Ahmad Kerdee calon PAS Beting Maro

gambar cantik calon pas 5 dun pada pilihanraya negeri sarawak ke 10

biodata calon pas di 5 dun .

CALON PAS N3 DUN TANJUNG DATU : PUAN NANI BINTI SAHARI 

Umur : 42 tahun
Asal : Kampung Pulo, Petra Jaya, Kuching
Pekerjaan : Pembantu Klinik

Pendidikan
Lulusan SPM

Jawatan Dalam Parti
•Ahli biasa PAS (2009-sehingga kini)
Ketua Wanita PKR Sarawak (2008-2009)
Timbalan Ketua Wanita PKR Sarawak (1999-2007)
Ketua Wanita PKR N4 Pantai Damai Santubong (1999-2005)


CALON PAS N20 DUN SADONG JAYA : ABANG EDDY ALYANNI BIN ABANG FAUZI
Umur : 34 tahun
Pekerjaan : Pekerja Sepenuh Masa PAS Sarawak
Berkahwin:2 isteri,7 orang anak.
Pendidikan
Pendidikan SMB St Thomas
Diploma Kepimpinan Islam, Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah 

Jawatan Dalam Parti
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Pengarah PASTI Negeri Sarawak
Pernah memegang jawatan sebagai pesuruhjaya 1,pengarah pilihanraya negeri,pengarah unit amal swk,setiausaha perhubungan negeri,ketua kebajikan perhubungan negeri swk,ajk pertubuhan ngo ,ajk pibg sekolah kerajaan merpati jepang,setiausaha pemuda pakatan waktu pilihanraya kecil sibu,ketua penerangan perhubungan negeri  dan banyak lagi jawatan yang pernah disandang sebelum ini.Merupakan ikon  pas di sarawak dan ketua pemuda rasmi dewan pemuda pas swk pertama di bumi kenyalang.Perintis kepada penyebaran pas sarawak ke pas miri,pas bintulu ,pas batang lupar dan pas kuching dan beberapa bahagian lagi di sarawak.

Lain-lain
Pernah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 2008 melawan Rohani Abdul Karim di Parlimen P202 Batang Lupar
Mendapat undi sebanyak 2,923 di dalam pilihan raya tersebut. 


CALON PAS N15 DUN MUARA TUANG : PUAN NORAINI BINTI HAMZAH 

Umur : 49 tahun
Asal : Kelantan
Pekerjaan : Suri rumah dan peniaga
Status : Berkahwin (Suami asal dari Muara Tuang, Sarawak)
Bil. Anak : 2 orang

Jawatan Dalam Parti
Seorang aktivis Muslimat PAS Sarawak yang aktif
Bekas ketua penerangan wanita PKR
Ahli jawatankuasa wanita bahagian Samarahan

Lain-lain
Seorang pemidato yang baik dan mampu menarik ramai pendengar
Mempunyai kenalan yang ramai di sekitar Kuching dan Samarahan


CALON PAS N22 DUN SEBUYAU : HJ ADAM BIN AHID
Umur : 62 tahun
Asal : Sebuyau
Pekerjaan : Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 4 orang 

Keluarga
Mempunyai keluarga yang besar terutama di Sebuyau, Sebangan, Sungai Apin, Seruyu dan Tebelu

Jawatan Dalam Parti
Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak

Lain-lain
Mempunyai kenalan yang luas dengan pelbagai bangsa termasuk Iban dan Cina di Dun Sebuyau

CALON PAS DUN N24 BETING MARO : ABANG AHMAD KERDEE BIN ABANG MASAGUS 

Umur :32 tahun
Asal : Sibu
Pekerjaan : Peguam
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 2 orang

Keluarga
Bil Adik Beradik : 7 orang (anak bongsu)
Mempunyai keluarga yang amat besar di Beting Maro (terutama di Beladin, Pusa, Undai, Semarang)
Mempunyai nenek tiri di kawasan Beting Maro

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengalaman Kerja:
Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Sarawak
NGO
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Penolong Setiausaha)
Timbalan Pengerusi Hikmah Bahagian Wilayah Persekutuan
Penasihat Undang-undang Sekolah Agama Bandar Baru, Bangi
Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Selangor

Jawatan Dalam Parti
Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak
Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Bangi, Naib Ketua Pemuda Serdang
Sekretariat Pemuda Prihatin – Timbalan Pengerusi
Ahli Jawatankuasa Juham Pusat, Instruktur Ilpas
Pengerusi Juham Selangor, Exco Pemuda Negeri Selangor

Lain-lain
Tidak pernah bertanding di dalam mana-mana pilihan raya.

Gambar2 penamaan calon N14 Dun Meluan

Pagi ini sharpshooter bersama calon Keadilan Dun Meluan Dr John Brian di pusat penamaan calon di bangunan Mahkamah Majistrik Julau.

Calon Keadilan tiba awal dan kami ditempatkan berkumpul di Pejabat Pertanian hanya berhadapan bangunan mahkamah.

B-end terpaksa berjalan jauh begitu juga SNAP.

Penamaan calon dibuka jam 9 pagi dan ditutup jam 10 pagi, masa bantahan sejam dan duan bantaha ditolak oleh SPR maka Dun Meluan pertandingan 3 penjuru.

Menariknya pencadang calon Keadilan adalah seorang Penghulu Kawasan yang masih bertugas dengan kerajaan. Keberaniannya dan semangatnya luar biasa.

Semalam tidur di rumah panjang Ng Lijan, line telefon mana pun tak ada.. 🙂

Perjalanan 2 jam semalam dari Sibu begitu sunyi tak sampai 10 buah kereta yang ditemui semasa dalam perjalanan.

Semasa dalam perjalanan di atas bukit pemandangan hanya 10 meter kerana kabus terlalu tebal.

Sampai sahaja di rumah panjang Ng Lijan, ramai pengundi di sana terus sharpshooter dijemput untuk berucap..apalagi bukan sahaja berucap tetapi terus menghasut orang Iban untuk bangkit berani untuk menumbangkan rejim Taib Mahmud yang menindas rakyat yang merampas tanah orang asal.

Seluruh Dun Meluan, tidak ada seorang pun yang memiliki geran tanah, mereka tinggal di sini turun menurun dan punca pendapatan mereka adalah pertanian.

Semangat mereka kali ini memang luar biasa apatah lagi Penghulu Kawasan juga turut berkempen semalam dan pagi ini menjadi pencadang calon.

Harapan Keadilan menang di Dun Meluan cerah..

Makanan untuk orang Islam memang sukar dicari di sini..makan maggie cup saja tengahari ini..Alhamdulillah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pak Menteri minta tangguh

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memohon lanjutan masa bagi memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan blogger, Amizudin Ahmat, berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 26 April ini bagi sebutan kes untuk kedua-dua pihak memfailkan dokumen yang berkaitan dengan kes termasuk fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 2 Feb, Rais mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya Amizudin mengeluarkan daripada blognya makalah berbaur fitnah terhadap beliau.

Ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto paintif (Rais) daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim itu juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau jennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana akalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau ana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi nter parte.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga nggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah erkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu beserta foto Rais pada pada 28 Dis tahun lalu.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam akalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh ifahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol an berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur itnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional an/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan
ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun, dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

– Bernama

Sharpshooter – Ramai sahabat2 seperjuangan yang resah kerana gagal menghubungi sharpshooter, maaf sebab 2 malam tidur di rumah panjang nanga Lijan dan nanga entabai, line tel tak ada, elektrik pun tak ada.

Semua bertanya tentang kes ini, mengapa Pak Menteri minta tangguh.. Jawabnya tanyalah Pak Menteri kenapa minta tangguh.. 😉

Lawan tetap lawan..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 malam di pendalaman

Maaf banyak-banyak sudah 2 malam tidur di rumah panjang di kawasan pendalaman yang langsung tiada line telefon.

Malam pertama di rumah panjang Nanga Lijan dan malam kedua di rumah panjang Nanga Entabai bersama calon N42 Dr John Brian.

Akan up date dari masa ke semasa..sharpshooter akan pindah dari satu tempat ke satu tempat rumah panjang orang Iban.

Mood orang Iban kali ini tersangat baik tidak seperti tahun 2006…Penghulu Kawasan menjadi pencadang calon memberi harapan baru Keadilan di Dun Meluan.

Sekarang berada di pekan Julau baru boleh up date..sudah hampir 50 senarai nama sudah hilang di sesetengah rumah panjang dan ada yang semua nama di seluruh rumah panjang hilang.

Sedang membantu mereka mencari nama yang sudah hilang..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

%d bloggers like this: