Agenda Kampung Baru dalam Buku Jingga

Subky Latif
PEMIMPIN-pemimpin Umno begitu ghairah untuk membangunkan Kampung Baru. Telah lama isu itu dibangkitkan.

Tetapi sejak Datuk Najib menjadi Perdana Menteri perkara itu cuba dipercepatkan.

Ia menjadi isu politik yang panas. Semua tuan tanah Kampung Baru mahu ia dibangunkan segera sesuai dengan pembangunan pesat Bandaraya Kuala Lumpur khususnya bagi kawasan sekeliling Kampung Baru. Ia akan dilihat cacat jika terbiar.

Tetapi masalahnya orang Melayu seluruhnya tidak mahu pembangunan itu nanti akan tambah menyempitkan ruang milik orang Melayu di kota itu.

Keghairahan pemimpin-pemimpin Umno sejak dulu ialah mereka mahu mengaut sebanyak-banyak manfaat daripadanya, bahkan lebih dari yang boleh dinikmati oleh tuan tanah.

Dan yang melambatkan pembangunan itu dimulakan ia bagi mengelakkan ia lebih menguntungkan lintah darat dan akhirnya tidak ada apa yang tinggal untuk orang Melayu. Tetapi masalahnya berapa lama orang Melayu hendak bertahan.

Umno cuba menyegerakan pembangunan itu sebelum kuasa jatuh kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat ada rancangan yang lebih baik seperti yang pernah dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa bulan dulu.

Tuan tanah dan orang Melayu akan dapat menikmati isi dan kuah sekali, bukan sekadar makan kuah saja.

Jika projek itu hendak dilaksanakan semasa kerajaan masih di bawah BN dan BN tidak menghalangnya, kerajaan Selangor boleh memberi tanggungjawab membangunkannya kepada PKNS.

Selagi kerajaan Selangor terus mendapat pujian dari laporan Audit Negara, maka tidak ada yang meragukan tentang keupayaan kerajaan Selangor dan PKNS mengendalikan pelaksanaannya.

Ertinya sekarang tuan punya Kampung Baru dan orang Melayu seluruhnya sudah ada pelan alternatif.

Kalau Umno tidak menyegerakan pembangunan itu dibimbangi Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Maka Pakatan Rakyat akan mengambil langkah bagi membangunkan Kampung Baru.

Bukan saja tanah di Kampung Baru akan dibangunkan oleh Pakatan Rakyat bahkan mana-mana kampung yang masih menjadi milik orang Melayu di Kuala Lumpur akan dibangunkan sama.

Tujuh buah kampung di antara pekan Setapak dan Taman Melawar yang termasuk dalam Pelan Pembangunan Wilayah Persekutuan 2020 yang menjadi pertikaian antara penduduk dengan Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur sekarang sudah tentu akan diberi perhatian oleh kerajaan Pakatan Rakyat nanti.

Perkampungan Datuk Keramat dan kawasan tertentu di Bandar Tun Razak yang pernah dibincangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penduduknya, adalah terbuka untuk dibangunkan.

DAP yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat tentunya tidak membantah pelan pembangunan itu kerana kejayaannya nanti dapat membantu mengharmoni masyarakat berbilang kaum di Wilayah Persekutuan.

DAP tidak akan mengganggu segala usaha bagi menstabilkan orang Melayu kerana kestabilan itulah yang membantu Kuala Lumpur jadi tenang dan bahagia.

Tragedi 13 Mei berlaku kerana orang Melayu bimbang mereka tidak selamat. Baik ia didorong oleh faktor perkauman atau ia didalang oleh orang jahat, tetapi keadaan yang tidak seimbang itu menyebabkan orang Melayu merasa mereka tidak selamat.

Semua itu telah menyebabkan semua orang Kuala Lumpur khas dan orang di Malaysia seluruhnya terpaksa menghadapi kekacauan dan huruhara.

Tetapi kalau kawasan-kawasan orang Melayu itu dibangunkan dan penduduknya merasa dirinya terjamin, maka masing-masing akan memelihara harmoni dan nikmatnya.

Jaminan keamanan seperti inilah dikehendaki oleh DAP kerana harmoni semua kaum itu memberi ruang yang selesa baginya berperanan. Justeru itu DAP tidak akan membantah usaha membangunkan Kampung Baru apa lagi bila dijalankan tanpa rasuah dan bebas dari lintah darat.

Jika Umno gagal menyegerakan pembangunan Kampung Baru sebelum PRU 13, maka jangan terkejut Kampung Baru akan masuk sebagai satu capter dalam Buku Jingga yang Pakatan Rakyat sedang perkemaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: