Banyak masalah selagi Trio Umno tidak didakwa

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 April: Rakyat merasa khuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul sekiranya Datuk T atau Trio Umno tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Trio Umno yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 Mac lalu.

Kesalahan itu boleh didakwa di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurutnya, pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut.

Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload  sebahagian video ini dalam Youtube.

“Rakyat Malaysia sangat kecewa atas masalah yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, di negeri Johor terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam ke atas penyogok calon PAS Dun Pasir Raja, Johor dalam pilihan raya tahun 2004.

Katanya, tangkapan itu telah berjaya membawa kes itu ke SPR pada waktu itu.

“Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini, maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: