IGP: Kes Sarbani, Beng Hock tidak boleh disamakan-ha…ha..haa!!!!betul ke!!!

TERKINI @ 09:37:14 PM 07-04-2011
April 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed dan Teoh Beng Hock tidak boleh disamakan semata-mata kerana kedua-duanya ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hakikatnya kedua-dua kes adalah berbeza. Kita tidak boleh merumuskan ada yang tidak kena,” kata beliau kepada pemberita.

Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini semalam.

Ismail juga berkata kes itu seharusnya dibiar berjalan mengikut prosedur-prosedur yang sedia ada.

“Biar siasatan, pendakwaan dan proses berjalan. Kita menghormati sistem kehakiman negara ini, dan akhirnya kebenaran akan diketahui,” kata beliau lagi.

“(Proses) bedah siasat telah berjalan dengan lancar. Saya tidak boleh mengumumkan keputusan. Siasatan (juga) telah dijalankan di tempat kejadian dan saksi-saksi telah disoal,” kata Ismail lagi.

Jenazah Ahmad Sarbani dibawa keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada pukul 4 petang tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kota Damansara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: