Kementerian abai sahsiah tingkat gejala sosial

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 7 April: Masalah gejala sosial terutama di kalangan generasi muda yang semakin membimbangkan di tanah air tidak akan dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, tidak turut memberikan penekanan tentang aspek sahsiah yang baik di kalangan guru.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran tidak seharusnya hanya menekankan aspek akademik dan kokorikulum dalam sistem pendidikan negara, tetapi juga aspek sahsiah di kalangan guru-guru sendiri.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (gambar) menegaskan, kes-kes gejala sosial terutama yang melibatkan para pelajar atau golongan muda di tanah air diyakini berlaku disebabkan pengabaian pihak Kementerian Pelajaran dalam aspek itu.

Menurut beliau, oleh itu, kini sudah tiba masa untuk Kementerian Pelajaran memikirkan perkara itu dengan lebih jauh bagi kepentingan negara.

“Namun tidak dapat dinafikan, guru-guru memainkan peranan penting bagi pencapaian cemerlang para pelajar dan pembangunan negara dan kita sememangnya menghargai jasa para guru.

“Tetapi disebabkan aspek sahsiah di kalangan guru tidak diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran telah menyebabkan kes-kes gejala sosial di kalangan generasi muda semakin meningkat di negara kita,” katanya ketika mencelah dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam menuju kemajuan dan kecemerlangan dalam pelajaran, menurut beliau, pembinaan sahsiah yang baik di kalangan rakyat merupakan satu perkara amat penting terutama di kalangan guru.

“Sekiranya guru-guru sendiri tidak mempunyai sahsiah, bagaimana guru-guru hendak membentuk sahsiah kepada para pelajar. Dengan itu, kita pasti tidak berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik,” katanya.

Pemilikan sahsiah yang baik di kalangan guru, katanya, akan memudahkan para guru sendiri membentuk sahsiah di kalangan para pelajar, tetapi jika perkara itu tidak diberikan penekanan akan lebih memburukkan lagi masalah gejala sosial di negara kita.

Katanya lagi, lebih jauh dari itu, ia pasti akan menjadikan sistem pendidikan di negara kita akan berkecamuk.

Memberikan respons kepada perkara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong turut mengakui hakikat itu dan ia akan turut diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: