PRN Sarawak : Pakatan Rakyat Yakin Buat Kejutan

Sumber TVS

KUCHING 7 APRIL: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 10 pada 16 April nanti akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di 27 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Dua puluh tiga kerusi akan membabitkan pertandingan tiga penjuru, manakala 21 kerusi akan menyaksikan antara empat hingga enam calon bertanding di setiap kerusi.

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di kesemua 71 kawasan. Pakatan Rakyat bertanding di 69 kerusi dengan Parti Keadilan Rakyat bertanding di 15 kawasan, DAP 15 kawasan dan Pas lima. Turut bertanding 41 calon Bebas.

Pakatan Rakyat meletakkan harapan tinggi untuk membuat kejutan di Beting Maro, Saribas, Sadong Jaya, Balai Ringin, Engkelili, Batang Ai, Ba’kelalan, Repok, Pelawan, Bawang Assan, Dudong dan Ngemah.

Antara kerusi lain yang menjadi tumpuan termasuk Balingian di mana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempertahankan kerusinya menentang Suriati Abdullah dari PKR dan sepupu Ketua Menteri Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding sebagai calon Bebas.

Manakala Ketua PKR Sarawak Baru Bian, menjadi sandaran Pakatan dalam ertandingan satu lawan satu menentang  Willie Liau dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDPP) di kerusi Ba’kelalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: