Tragedi: Dua “Pasangan Remaja” Di Percayai Mati Lemas Di Rempuh “Kepala Air” Ketika Berkelah Di Air Terjun “Gunung Berembun” Petang Semalam !

SEREMBAN, 7 AprilDua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun di sini, Rabu dirempuh ‘kepala air’ menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu. Mayat Khairulhiza Khairul, 18, dari Mambau ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.30 petang. Usaha mencari Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang yang dihanyutkan ‘kepala air’ itu masih diteruskan, kata Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Abu Bakar Katain. Beliau berkata, pasangan itu bersama dua lagi rakan mereka Mohd Halim Shiddik, 19, dan Nurul Faezah Noor, 19, dari Kuala Kubu Baharu ke kawasan air terjun itu untuk berkelah pada pukul 12 tengah hari. “Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3 petang semasa mereka sedang bersiap untuk balik dan berada di tepi tebing. “Mereka dirempuh oleh kepala air yang datang secara tiba-tiba selepas hujan di kawasan pergunungan itu…air naik dengan tiba-tiba dengan arus yang kuat menyebabkan dua daripada mereka hanyut,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Khairulhiza adalah jurujual di pusat membeli belah Terminal One, di sini manakala tiga lagi remaja terbabit merupakan pelajar Kolej Negeri. Nurul Faezah berkata mereka datang ke air terjun itu dengan dua buah motosikal “Kami sedang berkemas dan hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba datang arus sungai yang kuat dan merempuh tebing. Saya sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada kayu,” katanya lagi.

[Sesuatu yang perlu diambil ikhtibar dalam kes seperti ini ialah, sila nasihatkan anak-anak anda agar tidak berdua-duaan ditempat yang boleh menimbulkan fitnah seperti ini. Remaja terbabit mengakui mereka datang ke kawasan tersebut menaiki dua buah motosikal. Bermakna mereka membonceng bersama pasangan kekasih masing-masing. Apabila berada di kawasan air terjun seperti ini, banyak kejadian tidak dingini berlaku sebenarnya. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mandi manda dengan pasangan masing-masing tanpa halangan. Tambahan pula lokasi terbabit jauh dari orang ramai dan ketika kejadian hujan turun dengan lebatnya. Cuba bayangkan, apakah remaja terbabit duduk disitu untuk kebaikan atau melakukan maksiat. Banyak kejadian maksiat berlaku membabitkan remaja di tempat seperti ini. Maka itu, kemungkinan “kepala air” yang datang itu adalah amaran Allah kepada hambanya yang engkar dengan perintah agama. Biar pun tiada bukti mereka melakukan maksiat tetapi situasi yang berlaku sememangnya menjurus ke arah itu sebenarnya. Ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku dan pastikan anak-anak anda tidak terjerumus ke lembah kehinaan seperti ini. Mati bersama kekasih, apakah begini namanya “sehidup semati”].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: