Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Ahad ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran sebagai protes terhadap suasana politik negara yang jijik dan kotor khususnya dalam isu video lucah.

Jelajah ini akan diadakan pada Ahad, 10 April dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bermula di Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Seremban dan Seremban ke Kuala Lumpur Sentral.

Menurut jurucakap sekretariat media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin selain menunjukkan protes terhadap situasi politik negara, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan perkembangan politik yang lebih sihat dan konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.

Katanya, siri jelajah itu yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dari kampus seluruh Lembah Klang merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh SMM dan merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

“Seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat dan kain rentang,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan ‘silent protest’ dengan mengangkat pelekat, kain rentang dan mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban.

Selepas itu, mereka akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa dan seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: