Catatan Dari Kuching

Suasana Pilihan Raya Sudah Mula Mengubah Wajah Kuching

LEWAT petang tadi saya dan rombongan kecil bersama tiga orang teman sampai ke Kuching untuk meninjau pilihan raya umum Sarawak. Kedatangan saya ini adalah kali kedua. Sebelum hari penamaan calon 6 April lalu saya sudah menziarahi ke beberapa buah kawasan khasnya di sekitar Kuching untuk mengetahui mood rakyat Sarawak terhadap pilihan raya kali ini.

Seperti mana saya postingkan dalam entry yang lalu, kala itu suasana pilihan raya masih belum terasa. Belum ada bendera yang dipsang. Keadaan tidak seperti di Semananjung, di mana menjelang hari penamaan calon suasana sudah berubah dan bendera atau sepanduk sudah dinaikkan. Bagi mereka yang pertama kali menyaksikan pilihan raya Sarawak akan terkejut dengan keadaan di sini.

Satu kapal bersama saya tadi ialah beberapa rombongan kecil seperti saya juga. Ternampak Bob Lokman yang baru ini mengistyharkan diri menyertai Pas. Saya bersama dua teman Sobree dan Dr Wan Suhaimi menaiki Airasia, manakala seorang lagi teman sdr Rushdan Mustafa menailki firefly.

Kami bergabung di aiport. Menurut Rushdan bersama satu flight dengannya Nurul Izzah dan juga Hanifa Maidin.

Permandanbgan dari lapangan terbang ke Bandaraya Kuching sudah berubah berbanding dengan minggu lepas. Kini kanan sudah terpacak bendera parti politik bertanding. Yang banyak bendera dacing. Apabila memasuki pusat bandararaya Kuching suasana berubah di mana poster dan papan tanda kempen DAP mengambil alih keadaan.

Melihat kepada billboard DAP mencerminkan parti berkenaan sebuah parti yang kemas dan tersusin. Papan tanda yang seragam dengan slogan yang memikiat menjelaskan bahawa DAP begitu berdisplin dan mempunyai startegi yang kemas. Jadi tidak hairan kalau DAP mampu meraih banyak kerusi dalam pilihan raya ini.

Malam ini saya akan cuba meninjau di beberapa buah ceramah di sekitar Kuching. Kalau cuaca mengizinkan saya bercadang untuk turun ke tempat ceramah DAP yang dikatakan mendapat sambutan. Dari maklumat Mus… teman yang mengambil saya di lapangan terbang, ceramah DAP didatangi ribuan orang sementara ceramah BN tidak sampai 300 orang.

Mendengar itu meremangkan bulu roma. Katanya juga suasana pilihan raya Sarawak kali ini berbeza dengan pilihan raya umum 2006 lalu. “Tahun ini ada lawanlah, BN nampaknya tidak boleh selesa sangat,” begitulah kata Mus.

Perubahan ini katanya bukan saja di bandar tetapi di kawasan luar banda juga. Rata-rata sambutan nampaknya memberangsangkan. Bersambung…

Malam tadi saya sempat menghubungi beberapa teman yang berada di lokasi ceramah. Di Miri Anwar Ibrahim menghadiri lapan program. Sambutan diluar dugaan. Sambutan bukan saja daripada Cina yang sudah menguasai Miri tetapi dari kaum Melayu dan lain-lan juga.

Hal yang sama juga berlaku di Beting Maro di mana salah satu kawasan yang dijangka akan dimenangi oleh Pas. Pentada sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat dijangka akan terpamir malam esok apabila dijangka Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim akan bersatu dalam kempen di beberapa kawasan di sekitar Kuching. Horas. [kucing. 9:08 am 09/04/11]

Posted by mso.im

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: