Keperluan rakyat terdedah kerana ada pilihan raya

Ismail Hashim
MIRI, 9 April: Dengan adanya Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April ini, banyak keperluan terdesak rakyat dapat dicungkil dan diketengahkan.

Seperti tidak masuk akal tetapi itulah realiti yang  dialami rakyat Sarawak dahulu, kini tapi tidak mungkin untuk selama-lamanya.

Pembaca dan orang luar rasa seperti tidak boleh bayangkan bagaimana pemerintah BN yang memerintah Sarawak sejak 46 lalu tergamak membiarkan rakyat negeri ini menderita panjang.

Untuk rekod, Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia pada 1963 dan sejak itu, Kerajaan Pusat ‘monopoli’ hasil mahsulnya banyak terdiri daripada minyak, gas, balak termasuk pasir.

Dikatakan itulah antara sebab Brunei Darussalam yang sangat kaya dan makmur dengan hasil minyak dan arang batu, enggan terlibat sertai Malaysia pada tahun sama.

Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei, Paduka Omar Ali Saifuddin mungkin sudah dapat merasai nasib malang bakal dialami Brunei juga menjadi miskin jika menyertai Malaysia.

Dalam tinjauan Harakahdaily mendapati Kampung Batu Satu, Jalan Lutong – Kuala Baram masih tidak sempurna infrastruktur meskipun hanya berjarak sekitar 10 km sahaja tempat mereka dengan Bandaraya Miri.

Antara yang menjadi sungutan mereka adalah kemudahan bekalan elektrik yang masih belum mencukupi, jalan dalam kampung yang tidak sempurna dan tiada sistem perparitan.

Dalam tinjauan di Kampung Batu Satu terdapat sekitar sepuluh kediaman di hujung kampung yang masih belum mendapat bekalan elektrik meskipun sudah lapan bulan dipacak.

Mereka juga membangkitkan tentang tiadanya sistem perparitan yang boleh menimbulkan masalah nyamuk eades pembawa penyakit denggi.

Seorang penduduk, Zainal Tar berkata, isu kampung ini sudah lama berlangsung tanpa sebarang proses penyelesaian.

Begitu juga dengan keadaan dewan orang ramai yang sudah rosak sepenuhnya dan tiada sebarang aktiviti dapat dijalankan di situ kecuali tempat belia melepak.

Kelihatan sebuah tempat menunggu bas baharu sahaja disiapkan pada hari tinjauan ini dibuat.

Di akhir tinjauan, nelayan di situ juga berharap kerajaan negeri mengadakan satu tempat yang lebih selamat untuk menaikkan bot nelayan apatah lagi ketika pulang dengan sarat hasil tangkapan.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Tian Chua dan Saifuddin Nasution Ismail, calon PKR N65 Senadin, Dr Teo Yu Kheng dan Ketua Penerangan PAS Miri, Ir Azwani Abdul Rani turut menyertai kempen rumah ke rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: