Lagi polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak

BATU NIAH: Buat pertama kalinya selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, program ramah
mesra bersama pengundi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis.
Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.
Gangguan polis yang masuk kali keempat setakat ini terhadap Anwar di negeri itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Polis kemudiannya membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan.
Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.
“Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.
“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin.

Posted by WEB PORTAL PRN SARAWAK KE 10 – 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: