SPRM ambil langkah keselamatan maksimum

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah badan yang begitu mengambil berat berhubung aspek keselamatan dan disiplin pegawai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, beliau yang dibantu oleh dua bahagian iaitu Bahagian Keselamatan dan Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme menguruskan berhubung aspek keselamatan serta kecemerlangan dan profesionalisme termasuklah skop disiplin.

Mengenai aspek keselamatan di pejabat SPRM seluruh Malaysia, katanya memang telah ada arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak dahulu lagi (dahulu dipanggil Arahan Tetap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah) yang masih berkuatkuasa.

Jelasnya, arahan Ketua Pesuruhjaya itu mengarahkan semua pengarah-pengarah SPRM bahagian dan negeri serta pegawai dan staf bahawa setiap tetamu atau pelawat SPRM tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik mana-mana pegawai.

Tambahnya, tempat pertemuan tetamu dan pelawat-pelawat adalah terhad di bilik tetamu atau di ruang menunggu.

Ini, ujarnya amat jelas termaktub dalam peraturan yang berkuatkuasa sejak awal penubuhan BPR sehingga kini.

“Dan perkara ini telah saya tegaskan lagi dengan arahan baru yang saya telah keluarkan mengarahkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan yang maksimum ke atas semua individu yang berurusan dengan SPRM, terutamanya melibatkan orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu, termasuklah keselamatan dalam pejabat dan pegawai SPRM sendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi.

Beliau menambah, semua urusan dengan mereka hendaklah diselesaikan di aras bawah bagi pejabat-pejabat milik SPRM.

“Manakala bagi pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah, contohnya pejabat SPRM yang disewa yang terletak di bangunan bukan milik SPRM atau bangunan guna sama, semua orang yang berurusan dengan SPRM hendaklah diawasi sepanjang masa oleh pegawai SPRM dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang maksimum,” katanya lagi.

Ini, jelasnya merupakan satu arahan dan beliau telah memanggil Pengarah Bahagian Keselamatan supaya membuat pemeriksaan sekali lagi ke atas semua pejabat-pejabat SPRM sama ada milik sendiri atau yang disewa untuk memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipatuhi sepenuhnya.

“Demikian juga saya telah mengarahkan pegawai di Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme yang merupakan sekretariat kepada Jawatankuasa Aduan supaya mengambil tindakan tegas termasuklah dikenakan amaran, ditahan kerja, digantung kerja atau dibuang kerja ke atas mana-mana pegawai yang melanggar peraturan ini, iaitu kesalahan tatatertib dan salah laku yang tidak bersifat jenayah supaya tahap disiplin pegawai SPRM tetap unggul dan utuh dan berada pada tahap yang paling tinggi,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: