Bandingkan 30 tahun Sarawak dengan 3 tahun Pakatan

Nazri Abdullah
KOTA SAMARAHAN, 10 April: Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.

“Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan.

“Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat,” katanya ketika berceramah di sini.

Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain.

Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.

Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu.

“Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang?

“Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana.

“Tuan-tuan boleh dapat benda sama, dengan syarat tuan-tuan lakukan perubahan,” tambah Mahfuz lagi.

Beliau turut membidas tindakan pemimpin BN yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji.

Katanya, apa yang dinyatakan Pakatan Rakyat bukan hanya janji manis, namun telah dibuktikan di negeri yang diperintah mereka.

“Kita bukan jual janji, bukan jual ubat, tapi kita sudah buktikan di negeri Pakatan Rakyat.

“Kita perintah tiga tahun, lebih baik dari BN perintah 50 tahun,” katanya.

Mengakhiri ceramah tersebut beliau turut mendeklamasikan pantun yang dituju khas kepada rakyat negeri itu.

Jom Ubah Sarawak

Hari Gawai Minum Air Tuak,
Dari Marudun sampai ke Ba’kelalan,
Taib Mahmud Sudah sapu kekayaan Sarawak,
Ayuh kita undi Pakatan.

Orang Cina sudah bosan dengan George Chan,
Mereka sedia menyambut perubahan,
Bagaimana pula Melayu Melanau dan Iban,
Saya yakin anda semua akan undi Pakatan.

Ramai-ramai ke bandar Kuching,
Untuk sambut Hari Gawai,
Rakyat sarawak sudah tak nak dacing,
Ayuh kita sokong Pakatan ramai-ramai.

SMM akan teruskan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 10 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tetap akan meneruskan program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat seperti yang dirancang, sebaik sahaja mereka dibebaskan oleh pihak polis lewat petang ini.

Jika sebelum ini mereka mengadakan program dengan menyebarkan risalah ke Seremban dengan menaiki komuter, kini mereka terpaksa menukar lokasinya dengan hanya terhad di kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin menegaskan, program tersebut tetap akan diteruskan bagi menyedarkan semua pihak tentang pendirian mereka yang menolak sekeras-kerasnya budaya politik kotor yang sedang bermaharajalela di tanah air kita sekarang.

Menurut beliau, di awal program pagi tadi, mereka hanya sempat mengedarkan sekitar 200 risalah di Seremban ekoran terlalu ramai pihak polis dari unit Special Brand yang mengawal dan menghalang pergerakan mereka di kawasan itu.

Katanya, risalah tersebut diedarkan oleh rakan-rakannya yang berjumlah 60 orang terdiri daripada para pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Risalah yang kami edarkan itu adalah risalah yang mengandungi pendirian kami yang menolak politik lucah dan penayangan video lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibarahim yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang.

“Kami sebenarnya tidak peduli siapa yang dibabitkan dan siapa yang disyaki, tetapi tindakan seperti itu terpaksa kami tentang kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yang berintegriti, sehingga menjadikannya jelas melanggar norma-normal pemimpin negara kita,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily, lewat petang ini.

Selain penolakan terhadap politik lucah, menurut beliau, di dalam risalah itu juga turut mengandungi pendirian mereka yang menolak rasuah di negara ini dan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

“Kami juga turut berhasrat untuk memberitahu kepada pelbagai pihak terutama pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang perjuangan kami terhadap hak, demokrasi dan autonomi di dalam dan di luar kampus,” tegasnya.

Namun beliau amat kesal kerana tujuan murni mereka itu telah menyebabkan 11 orang ditangkap oleh polis selepas mereka mengadakan sidang media di stesyen KL Sentral, Kuala Lumpur, jam 10.30 pagi tadi dan ditahan di Balai Polis Jalan Travers.

Di antara mereka yang ditahan itu termasuklah tiga wartawan dan jurugambar yang membuat liputan termasuk seorang wartawan dan jurugambar dari akhbar Suara Keadilan dan seorang jurugambar dari TV Selangor, tetapi telah dibebaskan oleh pihak polis tengah hari tadi.

Manakala 8 yang lain terdiri daripada para pelajar IPTA termasuk beliau, Setiausaha SMM, Izuddin Hilmi, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (YDP PMIUM), Mohd Safwan Anang dan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (YDP PMIUPM), Mohd Hazim Mohd Noh.

“Berdasarkan perkembangan terkini, kelapan-lapan kami akan dibebaskan lewat petang ini dengan jaminan polis. Sebaik dibebaskan, kami akan mengadakan sidang media di hadapan Balai Polis Jalan Travers,” tegasnya.

Selesai sidang media, katanya, mereka akan meneruskan program yang dirancang walaupun akan dihalang oleh pihak tertentu, setelah hasrat mereka untuk mengedarkan sebanyak mungkin risalah tersebut kepada orang ramai terhalang dengan tindakan pihak polis sejak pagi tadi.

“Tiada sebab kami mesti dihalang untuk meneruskan program ini dan mengedarkan risalah kami itu kerana ia sememangnya bertujuan untuk kepentingan negara kita sendiri,” tegasnya.

Dakwaan Sarbani bunuh diri melampau – Pemuda PAS Selangor

Harakahdaily
SHAH ALAM, 10 April: Pemuda PAS Selangor mendesak NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menarik balik kenyataannya yang membawa pengertian pegawai Kastam, Ahmad Sarbani terlibat dengan rasuah dan sanggup membunuh diri kerana ia satu kenyataan yang melampauai batas-batas nilaian kemanusian.

“Kenyataan JMM mempunyai agenda jahat dan tidak bertamadun,” kata timbalan ketuanya, Zaidy Abdul Talib.

Sebelum ini Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah telah menimbulkan kenyataan yang melampau terhadap mangsa melalui Berita Harian tempoh hari dengan menyatakan ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.

Sepatutnya, bagi Pemuda PAS Selangor, dia mesti menunggu hasil dari siasatan terperinci yang dilakukan oleh pihak polis sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan polimik, bukan dengan menuduh tanpa sebarang bukti.

Perkara ini, bagi Zaidy, boleh menaikkan kemarahan rakyat dengan membuka aib mangsa dan keluarganya.

Pemuda Pas Selangor menyifatkan kenyataan tersebut bermotifkan politik jahat yang menidakkan proses keadilan dan mempengaruhi masyarakat dengan membuat andaian buruk kepada mangsa.

“JMM terlalu kurang ajar, tidak menghormati mangsa dan keluarganya. Saya pun tak faham kenapa ada persatuan Melayu yang tidak tahu tentang soal adab dan tata susila orang-orang melayu. Mereka sanggup untuk menuduh bukan-bukan,” kata Zaidy (gambar bawah) dalam kenyataannya.

Zaidy menambah “sebagai Melayu dan beragama Islam kita wajib mempertahankan mangsa dan keluarganya dari tohmahan jahat yang boleh menjatuhkan integiriti agama Islam dan bangsa Melayu yang penuh dengan maruah dan adat. Kita sepatutnya berusaha untuk memastikan keadilan dan siasatan yang dijalankan dengan telus dan saksama”.

Menurut Zaidy, allahyarham adalah seorang yang beragama, seorang yang sentiasa berada dan berjemaah di surau di kawasan kediamannya, juga difahamkan akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini.

Beberapa jam sebelum kematiannya beliau menunaikan solat subuh berjamaah bersama kawannya dalam perjalanan ke Pejabat SPRM, Kuala Lumpur.

“Mana mungkin seorang Melayu beragama Islam yang taat beragama mampu melakukan perkara sekeji dan yang dikutuk oleh agamanya iaitu membunuh diri,” kata Zaidy.

6 April lepas, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.

Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat.

Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan.

JMM sebelum ini juga pernah memburukkan imej Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau sama seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin.

Walaupun tok guru nik aziz hanya ceramah sekejap saje rakyat sarawak masih belum puas mendengar mesej nak disampaikan kepada rakyat sarawak.

BN ugut pemilik rumah tumpangan PAS

Hazayani Zakaria
SANTUBONG, 10 April: BN Sarawak terus menunjukkan sikap terdesak apabila mengugut pemilik permit rumah tumpangan dan rumah persendirian yang menyewakannya kepada petugas PAS.

Perkara ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.

Menurut ketua petugas PAS Johor di Dun tersebut, Onn Jaafar, kali pertama mereka diarah keluar ialah sewaktu menyewa di rumah tumpangan di Sementan.

Setelah empat hari menyewa di situ, mereka diarahkan keluar kerana pemiliknya memberitahu, mereka diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS.

(Gambar: Calon PAS, Nani Sahari [empat dari kiri] diiringi para pimpinan PAS ketika hari pencalonan 6 April lepas dengan diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man)

Pada malam sebelum diarah keluar, PAS mengadakan ceramah di perkarangan rumah tumpangan tersebut dan pemiliknya turut menghadiri ceramah tersebut.

Pemiliknya sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak senang malah menyatakan sokongan kepada calon PAS dan bersedia membawa petugas menyelami masalah penduduk di kawasan sekitar.

“Esoknya kami dipanggil dan setelah berbincang, mereka menyuruh kami keluar kerana takut dengan ugutan daripada pihak BN.Tapi mereka minta maaf kerana terpaksa arahkan kami keluar,” cerita Onn ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Setelah diarah keluar, mereka menyewa di sebuah rumah persendirian yang juga di Sementan.

Pemiliknya juga tahu mereka daripada PAS dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Namun pada malamnya, mereka sekali lagi diarah keluar kerana pemiliknya turut menerima ugutan lesen perniagaannya akan ditarik kerana bekerjasama dengan PAS.

“Dia seorang ahli perniagaan. Dia bagitau kami, kalau benarkan kami menyewa, lesennya akan ditarik balik. Kerana takut, dia menyuruh kami keluar,” katanya.

Sehubungan itu, mereka terpaksa menumpang di bilik gerakan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi kerana difahamkan pihak BN sentiasa memantau penduduk kawasan tersebut.

Namun bagi Onn, kejadian ‘dihalau’ ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat petugas PAS untuk terus berkempen sehingga hari membuang undi 16 April ini.

Beliau sebaliknya hanya menyifatkan kejadian ini sebagai cabaran kecil yang harus ditempuh oleh petugas-petugas apatah lagi jika ‘masuk ke tempat orang’.

“Walaupun terpaksa berpindah randah begini, sedikitpun tak jejaskan semangat kami untuk terus membantu kempen calon PAS.

“Ada lagi petugas dari Johor yang akan tiba walaupun sudah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya.

Seramai 13 orang petugas dari Johor berkampung di Tanjung Datu sehingga hari mengundi.

Calon wanita

PAS meletakkan calon wanita, Nani Sahari untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Nani berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru apabila menentang Adenan yang mengekalkan kerusinya selain seorang lagi calon bebas, Gilbert Asson ak Kulong.

Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang bertugas sebagai pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Jumlah pengundi seramai 7,936 iaitu Melayu/Melanau (53.06%),Cina (19.63%), Iban (17.34%), dan Bidayuh (9.97%)

Abang Eddy teruskan legasi datuk

Nazri Abdullah
SAMARAHAN, 10 April:Seorang lagi calon anak muda PAS, Abang Eddy Abang Fauzi yang bertanding bagi merebut kerusi DUN Sadong Jaya, dilihat mempunyai tarikan sendiri berdepan mayarakat di Dun itu.Susuk tubuh yang tegap, petah bercakap, ada karisma, antara kelebihan Abang Eddy yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Tidak banyak beza dengan Abang Ahmad Kerdee Masagus iaitu calon muda PAS di Beting Maro, Abang Eddy, 32, juga punyai kelebihan tersendiri.

Beliau cukup dikenali di Dun ini apatah lagi beliau adalah cucu kepada bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Datuk Hakim Abang Haji Mohidin, yang juga bekas Adun Sadong Jaya sejak tahun 80-an.

Jasa dan kebaikan datuknya itu sangat diketahui penduduk di sini dan tempiasnya kini kena pada diri beliau.

Atas kapasiti itulah, beliau juga sangat disegani kawan dan lawan.

Ketika ditemubual Harakahdaily semalam, beliau berkata beliau akan meneruskan segala usaha murni yang dipelopor datuknya membawa Sadong Jaya ke tahap lebih baik.

“Untuk peringkat pertama ini, saya dah melawat ke lima unit peti undi, naik rumah ke rumah, mereka menerima kita.

“Walaupun mereka letak bendera BN, mereka tetap alukan kedatangn kita, lebih lebih lagi mereka kenal datuk saya.

“Di sini persaudaraan lebih penting berbanding ideologi politik,”katanya.

Ditanya pendekatan kempen yang diguna, Abg Eddy memberitahu beliau selesa dengan kempen rumah ke rumah dan berperinsip ‘lebih banyak menerang dari menyerang’.

Menurutnya, kaedah itu lebih sesuai kerana majoriti masyarakat di sini adalah saudara dan rakan-rakan yang membesar bersamanya.

Antara isu utama membelengu masyarakat di sini katanya adalah isu kemudahan asas yang masih lagi tidak sempurna.

Selaian Abang Eddy, turut merebut kerusi itu, Aidel Lariwoo (BN) dan Mahayudin Bin Wahab (Bebas).

Rakyat Sarawak berpeluang cipta sejarah

Ismail Hashim
MIRI, 10 April: Rakyat Sarawak berpeluang besar untuk mencipta sejarah baharu membuat perubahan drastik di dalam Pilihan Raya Umum Negeri ke 10 (PRUN10) pada 16 April depan dengan menumbangkan BN.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak mustahil usaha keras yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat selama ini lebih-lebih lagi menghadapi PRUN10 kali ini akan menghasilkan keputusan terbaik.

Katanya, rakyat mahu Taib Mahmud berhenti sebagai Ketua Menteri bukan dua atau tiga tahun lagi tapi berhenti pada 16 April ini setelah lebih 40 tahun melakukan berbagai salahlaku di Sarawak.

Namun beliau berkata, bukan senang untuk berjaya menjatuhkan Pek Moh (gelaran rambut putih diberikan rakyat kepada Taib Mahmud atau Tok Uban) namun dengan pra-syarat kerja usaha kuat, 16 April akan menghentikan sejarah rakus Pek Moh di Sarawak.

“Inilah masa untuk rakyat Negeri Sarawak menulis dan mencipta sejarah baru dalam lanskap politik negara setelah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN yang membiarkan negeri dan rakyat dalam kemiskinan sangat ketara.

“Kebanyakan rakyat yang ditemui melahirkan rasa tidak senang dengan keadaan kehidupan mereka tetapi masih ramai yang berasa takut untuk bersuara, jadi dengan adanya PRUN10 ini, semua kehendak tinggi rakyat mesti dibuktikan dalam peti undi.

Satu ketika Lim bertanya, “Adakah anda semua sudah bersedia? (bergemuruh jawapan “Yaaa”) Jika anda sudah bersedia, bersedia untuk apa? “Untuk berubah”, jawab ribuan hadirin yang berada di hadapan klinik calon Senadin dari Keadilan, Dr Teo Yu Kheng.

Menurutnya, pengundi terutamanya rakyat seluruh Negeri Sarawak akan dapat merasai kelainan bentuk pentadbiran baharu yang diterajui oleh Pakatan Rakyat di mana seorang peguam terkenal, Baru Bian telah ditentukan sebagai Ketua Menteri jika PR menang kali ini.

Paling kurang, jelasnya, PR mahu mengurangkan penguasaan politik BN di negeri ini dengan mencipta keputusan dua pertiga di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

8 students held for ‘protest’ released

media utusan malaysia cuba membuat soalan bodoh kepada dato sri anuar ibrahim di prn sarawak ke-10

samb.gambar tok guru nik aziz ceramah umum di dun batu kawa 10.04.2011

%d bloggers like this: