Alkitab: Pengimport setuju ambil 35,100 ditahan KDN

Oleh G Manimaran
April 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 April — Kedua-dua pengimport kitab Injil versi Bahasa Malaysia telah bersetuju untuk mengambil kesemua 35,100 naskhah ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching, seminggu selepas Putrajaya mengumumkan penyelesaian 10 formula.

Kenyataan dikeluarkan Pemandu lewat petang ini berkata, Bible Society of Malaysia dan Gideon telah menyatakan persetujuan untuk mendapatkan naskhah-naskhah dilepaskan Kementerian Dalam Negeri, dipercayai akan menyelesaikan pertikaian berpanjangan ini.

Dalam kenyataan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata, Bible Society of Malaysia sudah pun mengambil sebanyak 5,100 naskhah dari Pelabuhan Klang.

Gideon pula telah memaklumkan secara rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Kementerian Dalam Negeri bahawa mereka akan mengambil 30,000 naskhah yang berada di Pelabuhan Kuching.

Beliau telah menulis kepada Kementerian Dalam Negeri supaya dicap dengan perkataan “Ditaksahkan oleh KDN” (‘“Invalidated by KDN’) pada cap dan nombor siri yang diturunkan sebelum ini.

Pegawai-pegawai kementerian sedang menyempurnakan proses tersebut membabitkan kesemua 30,000 naskhah.

“Sebaik sahaja ia selesai, Gideon akan mengambil kitab Injil berkenaan,” kata kenyataan itu lagi.

Perkembangan ini muncul selepas Isnin lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penyelesaian 10 perkara yang diumumkan Sabtu lalu belum muktamad.

Malah keputusan ini diumumkan ketika tinggal seminggu sebelum hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak.

“Kerajaan mengesahkan bahawa penyelesaian 10 perkara dengan berjaya telah membuka laluan kepada pelepasan 35,100 naskhah kitab injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching,” kata kenyataan itu.

Presiden Bible Society of Malaysia Lee Min Choon pula berkata, pihaknya menyambut baik penyelesaian 10 formula yang diumumkan Sabtu lalu.

“Bible Society of Malaysia sangat menghargai penyelesaian 10 perkara yang diumumkan kerajaan, yang bukan sahaja satu penegasan (pelaksanaan) perjanjian 2005 tetapi perlindungan tambahan bagi memastikan insiden-insiden yang berlaku ini tidak berulang lagi,” kata beliau dalam kenyataan bersama ini.

Kenyataan hari ini menambah, Jala telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gereja Sarawak di Kuching hari ini untuk menjelaskan 10 perkara yang diketengahkan kerajaan minggu lalu.

“Ketika pertemuan itu, beliau mengesahkan kepada kumpulan Kristian bahawa penyelesaian 10 perkara adalah keputusan kolektif Kabinet.

“Beliau juga menyerahkan satu salinan perintah yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pegawai-pegawai kementerian tentang keputusan kerajaan meminta pematuhan sepenuhnya,” kata kenyataan itu lagi.

Malah beliau juga memberitahu bahawa di Sarawak dan Sabah, “tidak harus ada isu sama sekali.”

“Tiada cap, tiada nombor siri. Kitab Injil boleh dicetak dan boleh diimport tanpa sebarang halangan,” katanya lagi.

Hishammuddin dipetik berkata, perkembangan diumumkan hari ini adalah perkembangan positif.

“Saya menghargai sikap dan pertimbangan positif yang diambil oleh Bible Society of Malaysia dan Gideon dalam berurusan dengan perkara ini. Saya juga ingin mengesahkan bahawa penyelesaian 10 perkara adalah keputusan kolektif Kabinet,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: