Bandingkan 30 tahun Sarawak dengan 3 tahun Pakatan

Nazri Abdullah
KOTA SAMARAHAN, 10 April: Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.

“Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan.

“Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat,” katanya ketika berceramah di sini.

Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain.

Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.

Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu.

“Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang?

“Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana.

“Tuan-tuan boleh dapat benda sama, dengan syarat tuan-tuan lakukan perubahan,” tambah Mahfuz lagi.

Beliau turut membidas tindakan pemimpin BN yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji.

Katanya, apa yang dinyatakan Pakatan Rakyat bukan hanya janji manis, namun telah dibuktikan di negeri yang diperintah mereka.

“Kita bukan jual janji, bukan jual ubat, tapi kita sudah buktikan di negeri Pakatan Rakyat.

“Kita perintah tiga tahun, lebih baik dari BN perintah 50 tahun,” katanya.

Mengakhiri ceramah tersebut beliau turut mendeklamasikan pantun yang dituju khas kepada rakyat negeri itu.

Jom Ubah Sarawak

Hari Gawai Minum Air Tuak,
Dari Marudun sampai ke Ba’kelalan,
Taib Mahmud Sudah sapu kekayaan Sarawak,
Ayuh kita undi Pakatan.

Orang Cina sudah bosan dengan George Chan,
Mereka sedia menyambut perubahan,
Bagaimana pula Melayu Melanau dan Iban,
Saya yakin anda semua akan undi Pakatan.

Ramai-ramai ke bandar Kuching,
Untuk sambut Hari Gawai,
Rakyat sarawak sudah tak nak dacing,
Ayuh kita sokong Pakatan ramai-ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: