BN Sarawak: Mayday! Mayday! Mayday!

MAYDAY!   MAYDAY!   MAYDAY! Itulah kod panggilan kecemasan sesebuah kapal yang sedang menghadapi bencana atau kecemasan dan berkemungkinan akan tenggelam. Tidak pernah kita dengar seorang Perdana Menteri akan berhempas-pulas turun padang membantu berkempen dalam sesebuah pilihan raya.

Tapi kali ini, suasananya agak berbeza. Panggilan ‘MAYDAY‘ bukan dibuat oleh kapten kapal sebaliknya oleh kelasi kapal yang sudah tenggelam punca.

Timbalan Perdana Menteri yang dipertanggungjawab membantu kapten kapal, lebih kerap melakukan kesilapan mengendalikan kemudi daripada memperbetulkan haluan kapal. Keadaan ini disulitkan lagi apabila si kapten kapal enggan melepaskan ‘stereng kemudi’ kepada orang lain sambil sebelah tangan lagi memegang erat Puan Sri Muda.

 

BN dalam bahaya? Najib berkampung di Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke Sarawak sekali lagi malam ini dan akan ‘berkampung’ di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.

Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya .Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

NONELebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.

Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.

Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.

Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.

Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai ‘simpanan tetap’ BN.

Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa ‘ole-ole’ untuk rakyat Sarawak.

Oleh Andrew Ong – Malaysia Kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: