DUN Sarawak: SPR sahkan tiada calon tarik diri

April 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kesemua 213 calon, termasuk 41 calon Bebas kekal bertanding di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Laporan media memetik Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata sehingga tempoh menarik diri yang berakhir pada pukul 12 tengah malam tadi, tiada calon yang mengemukakan permohonan untuk menarik diri.

Oleh itu kata beliau, SPR telah mengarahkan Percetakan Nasional Malaysia Berhad cawangan Kuching mencetak kertas undi tanpa sebarang perubahan.

Takun berharap kesemua kertas undi dapat disiapkan oleh PNMB selewat-lewatnya pada 14 April memandangkan ia perlu dihantar ke kawasan pedalaman.

Pengundian berlangsung Sabtu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: